Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Aidil Aziz Harapkan Filem Kanang Anak Langkau Mendapat Sambutan

Aidil Aziz

Pelakon kontroversi Aidil Aziz berharap agar penonton dapat ke pawagam untuk menonton filem sulung lakonannya berjudul, “Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior”, yang akan ditayangkan di seluruh negara bermula 16 Mac ini.

“Terdahulu saya mohon maaf kerana tidak dapat hadirkan diri ke majlis pratonton treler filem ini selepas mendapat arahan daripada peguam walaupun saya begitu teruja untuk menghadirinya.

“Bagaimanapun, sokongan sahabat media dan penonton amatlah dialu-alukan agar “Kanang Anak Langkau” menjadi salah sebuah karya terhebat tahun ini,” katanya yang dipetik dari Utusan Online.

Selain Aidil, filem terbitan Tangan Seni Sdn Bhd ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Langi Anak Langkau, Adi Putra, Johan As’ari, Taufiq Hanafi dan ramai lagi.

Terdahulu, Cinema Online pernah memaparkan artikel bersama pengarahnya Bade Hj Azmi yang memberitahu bahawa walaupun filem ini adalah sebuah filem biopik, tetapi tidak banyak drama yang dipaparkan, sebaliknya ia padat dengan aksi.

Poster Filem Kanang Anak Langkau

Pada masa sama, beliau mahu filem terbaru arahannya ini diberi ‘highlight’ sebagai sebuah naskhah aksi dari biopik.

Ini kerana beliau mengambil inspirasi dari filem-filem perang Hollywood yang lebih menekankan kepada genre aksi walaupun ia sebenarnya sebuah filem yang diangkat dari kisah sebenar.

Selain Malaysia, filem “Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior” turut dijadualkan ditayangkan di Brunei dan juga Singapura.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

MCU Fasa 6 Akan Menampilkan ‘Kumpulan Avengers Yang Berbeza’

Kakimuvee

Leave a Comment