Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ahsoka, Rogue Squadron Antara Pengumuman “Star Wars” Semasa Disney’s Investor Day 2020

Francais Star Wars antara kejutan terbesar semasa pembentangan Disney’s Investor Day dengan beberapa siri Disney+ dan filem telah diumumkan. Berikut adalah senarai projek Star Wars dan kemaskini yang didedahkan bos besar Lucasfilm, Kathleen Kennedy.

STAR WARS: ANDOR akan ditayangkan pada 2022.

Siri TV Star Wars: Andor merupakan prekuel kepada filem Rogue One. Diego Luna kembali meneruskan peranannya sebagai Cassian Andor, manakala Alan Tudyk kembali menyumbang suara sebagai droid K-2S0.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Stellan Skarsgård, Adria Arjona, Fiona Shaw, Denise Gough, Kyle Soller, dan Genevieve O’Reilly sebagai Mon Mothma

Andor akan ditetapkan lima tahun sebelum peristiwa Rogue One, bagaimanapun butiran masih diketahui. Saksikan pandangan pertama Star Wars: Andor dalam trailer dibawah:

Hayden Christensen kembali sebagai Darth Vader dalam siri OBI-WAN KENOBI.

Siri Disney+ Obi-Wan Kenobi bakal menyaksikan kepulangan semula Hayden Christensen sebagai Anakin Skywalker / Darth Vader.

Obi-Wan Kenobi akan ditetapkan 10 tahun selepas peristiwa Star Wars: Episod III – Revenge of the Sith dan akan diarahkan oleh Deborah Chow. Penggambaran dijangka bermula pada Mac 2021.

THE ACOLYTE akan fokus pada watak wanita dan ditetapkan pada era High Republic

The Acolyte merupakan siri terbaru Star Wars yang akan terajui wanita sebagai watak utama. Ia merupakan siri misteri thriller yang akan membawa penonton ke galaksi rahsia yang cukup kuat dengan sisi gelap ketika ia muncul pada hari-hari terakhir High Republic.

Pencipta bersama Russian Doll, Leslye Headland akan mengetuai projek ini berserta menjadi penulis lakonlayar.

Lando Calrissian Dapat Siri TV Sendiri

Disney+ akan membangunkan siri live-action Lando Calrissian dengan pengarah White People akan mengetuai projek akan datang. Tiada maklumat lanjut didedahkan Kennedy semasa pembentangan Disney’s Investor Day. Hanya sekadar tweet ringkas seperti yang ditunjukkan dibawah.

The galaxy’s favorite scoundrel, Lando Calrissian, will return in Lando, a brand-new event series for @DisneyPlus.Justin Simien (@JSim07) is in the early stages of developing the project.”

Watak Lando Calrissian pernah dilakonkan Billy Dee Williams dan Donald Glover.

Dua spin-off THE MANDALORIAN akan dihasilkan – STAR WARS: AHSOKA dan STAR WARS: RANGERS OF THE NEW REPUBLIC

Selepas membuat debut di siri tv The Mandalorian, Disney akhirne mangumumkan siri televisyen Star Wars: Ahsoka yang menyaksikan Rosario Dawson kembali sebagai watak utama.

Selain itu juga, siri berjudul Ranger of the New Republic turut diumumkan, yang mana ia akan memberi fokus pada karakter Cara Dune dan beberapa karakter lain yang telah diperkenalkan dalam The Mandalorian. 

Menurut Kathleen Kennedy, kedua-dua siri itu akan ditetapkan dalam garis masa yang sama dengan The Mandalorian. 

Trailer STAR WARS: THE BAD BATCH telah dilancarkan

Selepas mengumumkan siri animasi Star Wars: The Bad Batch, Lucasfilm telah melancarkan trailer pertamanya semasa Disney’s Investor Day. Anda boleh saksinya dibawah. 

The Bad Batch merupakan spin off kepada dan juga babak terakhir siri animasi The Clone Wars ciptaan George Lucas dan Lucasfilm Animation. 

Anime STAR WARS: VISIONS akan datang di Disney+

Star Wars memasuki dunia anime dengan beberapa siri filem pendek berjudul Star Wars: Vision.

Vision akan meraikan galaksi Star Wars melalu kaca mata pencipta anime Jepun. Berikut adalah petikan dari akaun Twitter rasmi Star Wars.

Star Wars: Visions, an Original Series of animated short films, celebrates the @StarWars galaxy through the lens of the world’s best Japanese anime creators. Coming in 2021 to @DisneyPlus.”

Patty Jenkins arahkan filem terbaru berjudul STAR WARS: SQUADRON

Lucasfilm telah mengumumkan filem terbaru Star Wars berjudul Star Wars: Rogue Squadron dan akan diarahkan pengarah Wonder Woman 1984, Patty Jenkins, pengarah wanita pertama yang mengarahkan filem Star Wars.

Filem akan datang bakal memperkenalkan generasi baru juruterbang ‘star fighter’ ketika mereka memperoleh sayap dan mempertaruhkan nyawa mereka dalam penggembaraan yang mendebarkan. 

Legenda Rogue Squadron telah lama disayangi oleh peminat Star Wars, dan akan menggerakkan kita ke era galaksi masa depan. Rogue Squadron akan dilancarkan dipawagam pada Krismas 2023

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment