Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Ahmad Idham Tolak Ego & Maruah Demi Perjuangan Industri Seni Kreatif


Selepas dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri menjelaskan bahawa dia rela mengenepikan ego dan maruah diri demi membangunan industri seni kreatif tanah air.

Ahmad Idham berkata, antara faktor lain dia kembali bersetuju memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif itu kerana menyambut baik kepercayaan yang diberikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah dan ahli perbadanan Finas.

“Kita mungkin boleh sembang segala macam kerja atau kejayaan sudah dilakukan, tapi untuk mendapat kepercayaan seseorang bukan mudah. Saya bersyukur di atas pelantikan ini sekurang-kurangnya ada yang nampak kerja dan perubahan yang ingin saya lakukan demi kecintaan terhadap industri seni tempatan.

“Saya akui terkejut dengan pelantikan semula ini, namun tak sangka biarpun dengan perubahan kerajaan dan menteri saya masih diberi peluang dan kepercayaan. Saya akan mengurus tadbir Finas dengan sebaik mungkin dan membawa industri perfileman ke satu tahap yang lebih baik.

“Ramai juga yang bertanya atas alasan apa saya bersetuju memegang jawatan ini semula dan jawapan saya adalah melihat situasi yang melanda industri hiburan dengan wabak Covid-19  hingga menjejaskan penggiat seni dan pekerja belakang tabir membuatkan terbit tanggungjawab yang perlu diselesaikan.


“Nak harapkan orang lain mungkin boleh, tapi tak pasti sama ada individu itu faham selok-belok industri seni. Jadi atas semangat itu, saya tolak ego dan maruah saya ke tepi untuk kembali berjuang membina pembangunan industri kreatif,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Idham dilantik memegang jawatan ini bagi tempoh dua tahun berkuakuasa 11 Mac 2019 dan akan berakhir pada 10 Mei 2021.

Beliau bagaimanapun melakukan kejutan apabila memohon untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya pada 10 Mac lalu atas alasan peribadi.

Menurut Ahmad Idham yang akan memulakan tugas Selasa depan,  perkara pertama yang akan dibuat adala pemantauan dan memastikan aktiviti penggambaran yang dibenarkan semula mengikut segala prosedur yang ditetapkan kerajaan.

“Kebetulan, minggu depan banyak syarikat produksi akan kembali memulakan penggambaran yang tertangguh selepas menjadi ia isu panas. Jadi, Finas akan memantau dan memberikan garis panduan yang perlu diikut penggiat industri kreatif .

“Meskipun berdepan dugaan wabak Covid-19, namun ekonomi penerbitan perlu digerakkan mengikut syarat-syarat sudah ditetapkan. Saya akan pastikan syarikat produksi yang memulakan penggambaran minggu depan untuk mengikut prosedur.

“Selain itu, saya akan mengupas satu persatu hala tuju yang dibuat menteri dalam satu kenyataannya sebelum ini. Saya akan menilai semula segala dasar dan polisi industri kreatif supaya ada satu perancangan yang lebih holistik bagi mencapai matlamat,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee