Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Ahmad Idham Nafi Syarikatnya Muflis

Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham Nadzri, 45, menafikan dakwaan syarikat produksi miliknya, Aifa Motion Pictures muflis berikutan beberapa filem terbitannya gagal di pawagam, baru-baru ini.

Antara filem terbitan dan arahannya seperti Pencuri Hati Mr Cinderella dan Minah Motor hanya mencatat kutipan di bawah RM100,000.


Idham berkata, dia tahu banyak pihak menganggap dia gagal tetapi syarikatnya masih beroperasi seperti biasa.

“Kami masih beroperasi seperti biasa, malah pejabat urusan saya akan berpindah ke lokasi lebih besar dan selesa selepas ini.

“Apabila saya senyap selepas filem Pencuri Hati Mr Cinderella, ada yang beranggapan saya sudah muflis. Itu tidak betul sebenarnya,” – Ahmad Idham

Menurutnya, syarikatnya juga bakal menerbitkan drama mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat berjudul Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib, awal tahun depan.

Idham berkata, dia juga sibuk mengendalikan Aifa Skills Academy yang bakal memasuki fasa baru dengan mewujudkan program Diploma Pendidikan Khas (Kemahiran) yang bakal dilancarkan Khamis ini.

Aifa Skills Academy adalah pusat bertauliah pertama di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang menjalankan program pendidikan khas di Malaysia.

Ia mendapat kerjasama sekolah pendidikan khas elit antarabangsa iaitu Sekolah Pendidikan Khas Saint Claire di Singapura dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment