Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Ahmad Idham Lepaskan Jawatannya Sebagai CEO FINAS Mac Tahun Hadapan

Penerbit, pengarah dan pelakon Ahmad Idham dilaporkan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mulai 10 Mac 2020.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan FINAS sebentar tadi, Ahli Lembaga perbadanan itu telah meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya. Kenyataan itu turut memetik permohonan untuk memendekan tempoh kontrak adalah atas sebab-sebab peribadi.

Berikutan itu, pihak FINAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Idham di atas segala sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan mengucapkan selamat maju jaya buatnya di masa hadapan.

Terdahulu, Ahmad Idham dikecam hebat oleh penggiat seni dan juga warganet selepas dia mencadangkan supaya pihak kerajaan mengawal selia atau menapis kandungan dalam platform penstriman video popular Netflix.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment