Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Ahmad Idham Dakwa Terdapat Pihak Cuba Lagakan Filem Qhaliq Dan Dukun

Pengarah filem Qhaliq, Ahmad Idham mendakwa terdapat cubaan pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan filemnya dengan filem yang telah lama tertangguh tayangnya, Dukun yang akan ditayangkan secara rasmi pada 5 April ini iaitu esok.

Ahmad Idham berkata demikian semasa sidang media PPIM tempoh hari.

Memetik berita dari Harian Metro, Ahmad Idham mendakwa, Skim Wajib Tayang (SWT) seharusnya sedar situasi ini adalah tidak sihat tatkala banyak filem tempatan terbitan produser kecil tempatan mengalami kerugian setiap kali filem mereka bersaing antara satu sama lain. Malah pengarah juga mendakwa, filemnya perlu melalui proses  Skim Wajib Tayang (SWT) berbanding Dukun terus kepada pihak pawagam.

Justeru itu, enggan berkonfrontasi dengan filem Dukun, beliau melalui Aifa Motion Pictures Sdn Bhd difahamkan akan menarik balik tayangan filem Qhaliq dari pawagam dan mencari tarikh yang sesuai.

“Saya dan produser mahu memohon penarikan filem Qhaliq kerana mahu beri laluan kepada filem Dukun. Ia bukan soal tidak mahu atau mampu bersaing dengan filem itu tetapi ia dilihat tidak adil untuk dua filem tempatan bersaing dalam keadaan tiada lambakan filem tempatan pada masa ini,”

Filem Qhaliq dijadualkan akan ditayangkan pada 5 April dan filem ini mengisahkan kehidupan anggota bomba yang berdepan pilihan antara cinta dan kerjaya.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment