Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Ahmad Idham Bidas Netizen Kecam Filem Arahannya


Pengarah filem Minah Motor dan Pencuri Hati Mr. Cinderella, Ahmad Idham membidas netizen-netizen yang mengkritik dan mengecam filemnya tanpa menontonnya terlebih dahulu serta melabelkan filem arahannya sebagai sampah.

Ianya bermula apabila netizen mengecam teruk filem Minah Motor sebelum ditayangkan gara-gara poster filem berkenaan yang dikatakan tidak berkualiti.

Semasa ditemuramah oleh wartawan mStar, Ahmad Idham menganggap mereka yang mengkritik filemnya seolah-olah “meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri” malah langsung tidak terkesan dengan kritikan dan kecaman yang diterima dari netizen terutamanya dari peminat-peminat filem.

“Kalau diikutkan cerita Minah Motor itu best (cut), netizen telah ludah jatuh ke muka sendiri kerana kalau kita tengok kritikan itu berlaku ketika poster, tetapi ketika cerita itu keluar you tak ada dengar.. u ada nampak tak lepas cerita itu keluar?”

Poster Minah Motor yang dikecam peminat

Ahmad Idham juga mengambarkan netizen gemar menilai sesuatu karya pada luaran sahaja (poster filem) tanpa menonton filem tersebut.

“Inilah benda yang harus kita educate masyarakat diluar sana. Sebenarnya sudah menjadi penyakit netizen-netizen diluar sana yang suka jugde something before ia dibicarakan”

Selain itu juga, Ahmad Idham berkata, mereka yang mengecam filemnya adalah golongan muda dalam usia belasan tahun yang tidak membesar semasa era kegemilangannya sebagai pengarah filem 10 tahun yang lalu.


Bagi Ahmad Idham, mereka yang mengecam filemnya tidak menonton filem-filem arahannya itu.

Ahmad Idham telah menghasilkan dua buah filem tahun ini dengan Filem Minah Motor telah ditayangkan pada Hari Raya yang lalu dan terbaru filem Pencuri Hati Mr. Cinderella yang dibintagi olehnya sendiri serta pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime. Beliau juga dikatakan akan menghasilkan sebuah filem mengenai perlumbaan kereta yang berjudul Impak Maksima Wangan.

Jadi kepada penonton diluar sana, apa pendapat anda mengenai filem terbaru arahan Ahmad Idham?

Pencuri Hati Mr. Cinderella kini sedang ditayangakan di pawagam berhampiran. 


Related posts

Ahmad Idham Tolak Ego & Maruah Demi Perjuangan Industri Seni Kreatif

Is Mohd

Ahmad Idham Lepaskan Jawatannya Sebagai CEO FINAS Mac Tahun Hadapan

Is Mohd

Ahmad Idham Bakal Hasilkan Impak Maksima Underground

Is Mohd

Filem Seram Ahmad Idham, Town Mall Bakal Ditayangkan Penghujung Tahun Ini

Is Mohd

Pelakon Eizlan Yusof Cedera Ketika Menjalani Penggambaran Filem Town Mall

Is Mohd

Sumbangan Seni Ahmad Idham Diiktiraf Di Korea, Bakal Jalankan Projek Kerjasama

Is Mohd