Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham sememangnya sinonim dengan menghasilkan filem-filem hiburan ringan seperti filem romantik, komedi, seram dan aksi, namun kini dia bakal muncul dengan sebuah naskhah yang cukup berbeza.
Menariknya filem terbaru arahannya ini bakal mengetengahkan tema autism yang kini dalam proses pembikinan skrip dan pra-produksi.
“Saya jangkakan filem itu akan ditayangkan April tahun depan sempena sambutan bulan autism sedunia,” ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.
Menurut pengarah berusia 45 tahun itu, idea untuk menghasilkan filem yang diberi judul awal “Firdaus” ini ketika sesi bertemu dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini di Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus.
Ia akan berkisarkan mengenai kehidupan beberapa watak yang berdepan dengan cabaran dan cara membesarkan anak autism.
Selain itu, dia juga akan turut memasukkan sendiri pengalamannya sendiri membesarkan anak sulungnya, Ahmad Firdaus, 17 yang turut mengidap autism.
Sumber: Cinema Online