Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Ahmad Idham Bakal Hasilkan Impak Maksima 2

Pengarah Ahmad Idham dilaporkan akan menghasilkan sekuel filem Impak Maksima yang pernah ditayangkan pada tahun 2017. Filem aksi lumba kereta itu merupakan antara karya Ahmad Idham yang mendapat kutipan mencecah jutaan ringgi iaitu sebanyak RM2 juta

Menurut laporan akhbar Harian Metro, pengarahnya, Ahmad Idham Nadzri, berkata ramai peminat filem genre permotoran terutama ‘drifting’ bertanya bilakah filem Impak Maksima 2 mahu difilemkan?


“Entah kenapa tiba-tiba ramai yang bertanya mengenai perkara ini sehinggakan ada yang menghantar pesanan secara peribadi di laman sosial saya. “Buat masa ini, barisan pelakon asal seperti (Datuk Seri) Eizlan Yusof, Cat Farish dan Awal sudah bersetuju dan hanya menunggu skrip ini siap,” – Ahmad Idham

Untuk sekuel kali ini ini, Ahmad Idham turut meletakkan pelakon Hairul Azreen dan Achey Bochey antara watak utama.

Katanya, skrip filem aksi itu kini dalam proses akhir bagi memastikan jalan cerita serta aksi yang ditawarkan lebih kemas dan padat.

Selepas kejayaan filem Impak Maksima, dua buah siri televisyen yang diadaptasikan dari filem telah dihasilkan antaranyan Impak Maksima the Series pada 2008 dan Rempit vs Impak Maksima pada 2009 dan pementasan muzikal Impak Maksima The Musical di Istana Budaya.

Sumber: Harian Metro

Related posts

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Belum Tayang Di Pawagam, “Mat Kilau” Sudah Terpalit Dengan Kontroversi

Kakimuvee

Leave a Comment