Ahli Politik India Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Netflix Kerana Menghina Bekas PM

130
views

Seorang ahli politik India mengambil tindakan undang-undang ke atas gergasi penstriman Netflix, meminta ia memadam ‘babak-babak menyinggung’ dan kenyataan yang menghina bekas Perdana Menteri Rajiv Gandhi dalam salah satu siri aslinya.

Mahkamah Tinggi Delhi menangguhkan kes itu pada Khamis untuk memberi hakim dan responden masa untuk mengkaji petisyen yang difailkan Nikhil Bhalla, seorang peguam dan anggota parti Kongres pembangkang, yang diketuai Ghandi selama tujuh tahun sehingga kematiannya akibat dibunuh pada tahun 1991.

Siri berkenaan, Sacred Games, bergenre seram yang dirakamkan di Mumbai, mempunyai watak pegawai polis, agen perisikan dan ahli-ahli politik. Ia pertama kali disiarkan bulan ini, bersama siri-siri baharu yang lain yang diperkenalkan khusus untuk pasaran India.

Dalam salah satu babak, Ghandi dirujuk sebagai ‘fattu’ yang membawa maksud pengecut dalam bahasa Hindi.

Rakaman visual juga menunjukkan dia berjabat tangan dengan para pemimpin dunia, manakala rakaman alih suara kedengaran dia dituduh menipu kumpulan Muslim dalam kes yang melibatkan hak perceraian untuk wanita Islam.

Sacred Games mengandungi dialog yang tidak sesuai, serangan politik dan juga ucapan yang menyinggung perasaan dan merosakkan reputasi bekas Perdana Menteri Shri Rajiv Gandi,” kata petisyen tersebut.

Jurucakap Netflix di India tidak membalas panggilan telefon dan mesej daripada media yang meminta komen.

Gandhi menjadi perdana menteri selepas ibunya Indira dibunuh pada tahun 1984. Dia kehilangan kuasa lima tahun kemudian dan pada tahun 1991, ketika masih memegang jawatan presiden parti Kongres, Gandhi dibunuh oleh pengebom bunuh diri etnik Tamil.

Anaknya, Rahul Gandhi kini memegang jawatan presiden parti.

Petisyen itu meminta mahkamah untuk memerintahkan Netflix memadamkan kenyataan menghina yang dibuat secara langsung atau tidak langsung terhadap Rajiv Gandhi atau keluarganya.

Petisyen itu meminta mahkamah untuk memerintahkan Netflix memadamkan kenyataan menghina yang dibuat secara langsung atau tidak langsung terhadap Rajiv Gandhi atau keluarganya.

“Kami tidak mampu, atas kebebasan bersuara, membenarkan apa sahaja disiarkan di setiap rumah tanpa mengambil kira kesannya kepada masyarakat,” kata petisyen itu.

Siri berkenaan, berdasarkan novel 2006 oleh Vikram Chandra, telah menerima pujian kritikal kerana menggambarkan senario dan politik jenayah Mumbai.

Kedua-dua Netflix dan pesaingnya Prime Video, yang dimiliki Amazon.com, bersaing untuk menambah kandungan tempatan dalam usaha menarik penonton India di rumah dan di luar negara.

Namun, filem dan rancangan televisyen pada masa sama lebih menarik minat penonton India dan kumpulan konservatif.

Bulan lalu, studio televisyen Amerika ABC memohon maaf kepada peminat India mengenai rancangan Quantico, selepas ia mencetus kemarahan atas talian terhadap satu plot keganasan yang dikatikan dengan Hindu. Bintang Quantico, Priyanka Chopra juga meminta maaf, dengan mengatakan dia akan sentiasa bangga menjadi seorang rakyat India.

India tidak menapis kandungan di Internet, tetapi tapisan ketat dilakukan terhadap filem dan rancangan televisyen.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here