Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Afifah Nasir Nafi Kontroversi ‘Karaoke’ Jejas Kerjayanya

Afifah Nasir

Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi yang berlaku tidak lama dahulu, pelakon Afifah Nasir memberitahu dia kini sudah meneruskan kehidupannya seperti biasa dan tidak akan mengungkit lagi kisah lalu mengenai kontroversi yang terjadi pada dirinya itu.

Meskipun terdapat gosip yang mengatakan kontroversi tersebut telah menjejaskan kerjayanya dengan teruk, namun adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini menyangkal dakwaan tersebut. Beliau menyatakan demikian semasa ditemubual oleh wartawan Sinar Harian

“Saya tidak merasakan kerjaya terjejas selepas kejadian tersebut kerana semuanya masih berjalan seperti biasa baik sebelum mahupun selepas kejadian. Tak perlulah saya nak tunjuk kat semua orang yang saya sedang bekerja semata-mata nak tutup mulut orang.

“Kerjaya saya berjalan dengan lancar, malah tawaran-tawaran yang telah dipersetujui lebih awal sebelum kejadian itu juga pun tetap diteruskan tanpa sebarang masalah,” – Afifah Nasir

Tambahnya lagi, dia kini tidak mahu memikirkan soal lain dan hanya mahu fokus pada kerjaya lakonannya sahaja buat masa ini.

Terdahulu, Afifah terpalit dengan kontroversi yang menggemparkan industri seni tanah air apabila dia dikatakan kantoi keluar bersama dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke selepas isteri Aliff, Bella Astillah menyerbu pusat hiburan itu ketika masih dalam pantang.

Selepas insiden itu, Aliff tampil membuat pengakuan bersalah dan memohon maaf kepada isteri dan seluruh peminatnya atas kesilapan yang dilakukannya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Afifah bakal muncul dengan dua buah drama terbaru iaitu “Chor & Chah” musim kedua dan drama 70 episod berjudul “Syurga Yang Kedua“.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee