Afdlin Shauki Dipilih Menjadi Ikon Penghibur Aspirasi Islam

232
views

afdlin-shauki-960x560

Pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki berkongsi rasa terharu setelah dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai Ikon Penghibur Aspirasi Islam.

“Dalam bertahun saya menjadi orang seni dan pelbagai anugerah diterima. Semalam bila mereka sebut nama saya penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam. Hati saya bergegar. Saya betul-betul terkejut. Air mata nak berlinang turun dari mata,” ujarnya dalam satu status Facebook hari ini.

Afdlin turut menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu penghormatan kerana dia diletakkan sebagai seorang yang boleh menggerakkan orang ramai untuk mendekati Islam melalui seni.

Anugerah tersebut diterimanya sempena Gala Aspirasi Seni yang diadakan semalam buat julung-julung kalinya bertempat di Dewan Raja Muda Musa, di sini.

Afdlin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur atas anugerah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here