Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Afdlin Shauki Bidas lembaga penapisan filem Isu Perkataan “Bangsat”

afdlin

Salah seorang artis yang mengaku menjadi ahli Umno membidas Lembaga Penapis Filem sekaligus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penggunaan kata-kata kesat.

Kenyataan itu dimuatnaik oleh pengarah dan pelakon Afdlin Shauki dalam akaun Facebook miliknya malam tadi.

Afdlin mempertikaikan, dirinya sebagai penulis tidak bebas untuk menggunakan ungkapan ā€œbodohā€ dalam dialog filemnya.Ā Bagaimanapun di luar bidang perfileman ada ungkapan yang juga dianggap kasar boleh digunakan dan dipaparkan di akhbar.

Afdlin Shauki

Sejak beberapa hari lalu ungkapan “bangsat” menjadi popular selepas ia digunakan Datuk Seri Najib Razak untuk meyakinkan orang ramai bahawa Umno mesti dikekalkan berkuasa di negara ini.

Setakat tengah hari ini, pandangan Afdlin itu mencecah hingga 23169Ā like danĀ dikongsi sebanyak 2070 perkongsian.

Reaksi Afdlin dalam Facebook itu dimuatnaik ekoran baru-baru ini negara digemparkan dengan ucapan yang mengandungi kata-kata kesat, dilontarkan oleh Najib yang juga Presiden UMNO.

Related posts

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee

Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

Is Mohd

Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

Kakimuvee

Leave a Comment