Adiwiraku (2017)
Genre: Biopik / Drama
Pengarah: Eric Ong
Pelakon: Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi
Edaran: Empire Film Solution
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017
Durasi: 2 jam 2 minit
Lama sebenarnya kami fikir apakah ayat yang sesuai untuk gambarkan betapa hebatnya filem Adiwiraku ini. Satu tepukan gemuruh diterima apabila filem ini tamat dan ramai penonton di majlis pra tonton berpuas hati dengan filem ini. Apa yang kami ingin katakan, filem Adiwiraku ini bakal menjadi hit pada tahun ini.
“Kami ingin memberi amaran bahawa filem ini bukanlah 100% berbahasa melayu. Dialog-dialog dalam filem ini mostly adalah berbahasa inggeris dan diselangi dengan loghat-loghat utara. Alert! MINOR SPOILER BELOW!”
Pada tahun 2015, kisah cikgu Cheryl yang berjaya membawa SMK Pinang Tunggal meraih tempat kelima pertandingan Choral Speaking di Kedah telah menjadi viral dilaman sosial. Kisah kejayaan cikgu Cheryl ini telah mendorong pengarah Eric Wong dan syarikat penerbit SOL Pictures menerbitkan sebuah filem berjudul Adiwiraku.
Filem Adiwiraku, bukanlah sebuah nashkah fiksyen, tapi adalah inspirasi dari sebuah kisah kehidupan sebenar. Kisah seorang guru yang bernama Cheryl Fernando yang menabur bakti di SMK Pinang Tunggal dan kisah pengorbanan beliau demi anak-anak muridnya yang akan membuat penonton begitu tersentuh hati apabila menontonnya kelak.
Jujur kami katakan, filem ini bakal menganggu emosi anda apabila menontonnya. Pengorbanan Cikgu Cheryl dalam mendidik anak muridnya akan membuka
Tak kurang juga kami tergelak melihat telatah murid-murid dalam filem tersebut, walaupun mereka bukanlah pelakon sebenar, tapi humor yang mereka tunjukan cukup bersahaja ditambah dengan loghat utara berjaya membuatkan penonton tergelak.
Antara salah satu sebab kenapa filem ini “baik” adalah tiada pelakon-pelakon terkenal yang membintangi filem ini dan kebanyakan karakter-karakter ini adalah pelajar sekolah SMK Pinang Tunggal.
Kami cukup kagum dengan mutu lakonan pelajar-pelajar tersebut. Mereka bukanlah aktor sebenar, tetapi berjaya melakonkan semula karakter mereka sendiri dengan cukup baik dan berkesan. Malah bahasa inggeris mereka juga cukup baik. Kudos mereka!
Oh ye! Tak lupa juga mutu lakonan Sangeetha Krishnasamy dan Xavier Fong. Sangeetha berjaya menjiwai watak Cikgu Cheryl dengan begitu baik, begitu juga Xavier yang membawa watak Cikgu Constant. Kami jarang melihat lakonan Xavier Fong dan ini pertama kali kami melihat Sangeetha di layar perak, namun adaptation mereka dengan watak yang diberikan cukup mengagumkan. Sangeetha juga mengakui, murid-murid yang berlakon dalam filem ini adalah inspirasinya untuk menjiwai watak cikgu Cheryl.
Selain itu, seni cinematography, tone, color fradient dan mood filem ini juga sangat cantik dan clean. Separation antara subject dan background diadun pula dengan angle yang cantik membuatkan filem Adiwiraku antara filem tempatan terbaik yang pernah dihasilkan.Itu belum dicampur dengan musik-musik latar, filem editing mereka boleh dikatakan antara “the best”. Kami kagum dengan kualiti filem yang dihasilkan, nowonder filem ini dapat memberi saingan dalam Equality International Film Festival dan juga sebagai finalis Phoenix Film Festival Melbourne 2017.
Secara keseluruhan, filem Adiwiraku sebuah naskah terbaik yang dihasilkan oleh Eric Ong, walaupun bajet sekitar RM600K – RM1 juta dan menggunakan pelakon-pelakon tidak ternama dan pelajar sekolah, ia tetap memberi impak kepada penonton yang bakal menontonnya apabila ditayangkan kelak. Bagi kami, filem ini adalah filem yang wajib anda tonton dan antara filem terbaik tempatan tahun 2017
Rating: 9/10