Adiwira “Titans” Kembali Lagi! Saksikan Trailer Musim Kedua Disini

861
views

Lebih kurang satu bulan lagi sebelum ia ditayangkan, DC Universe telah melancarkan trailer pertama siri televisyen Titans musim kedua yang turut memaparkan pandangan pertama kesemua episod siri tersebut. Anda boleh saksikan trailer Titans dipemain video dibawah.

Musim kedua bakal menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Joshua Orpin sebagai Conner Kent/Superboy, Esai Morales sebagai Deathstroke, Chella Man sebagai anak Deathstroke, Jericho Wilson, Chelsea T. Zhang sebagai anak perempuan Deathstroke, Rose Wilson (aka The Ravager), Iain Glen sebagai Bruce Wayne, Natlie Gumede sebagai Mercy Graves dan Drew Van Acker sebagai Aqualad.

Titans mengisahkan sekumpulan adiwira muda dari DC Universe yang terdiri daripada Dick Grayson dan Rachel Roth. Mereka berdua turut disertai beberapa adiwira lain seperti Starfire dan Beast. Bersama-sama, mereka menjadi sebuah keluarga dan membentuk kumpulan adiwira.

Brenton Thwaites memainkan peranan utama sebagai Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.

Siri televisyen Titans boleh didapati diplatform penstriman video DC Universe mulai 6 September ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here