Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Adibah Noor Kongsi Gambar ‘Teaser’ KAMPUNG PEOPLE Musim Kedua

Siapa sangka, drama komedi Kampung People berjaya mencipta fenomena dikalangan penonton pada tahun lepas. Atas dasar sambutan yang cukup mengalakkan, musim kedua Kampung People bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Jika musim pertama berjaya menambat hati penonton, dijangka musim kedua akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran pelakon dan penyanyi Adibah Noor yang akan memainkan peranan Dona, ibu kepada Mona (Elly Mazlein).


Berkongsi keterujaan membintangi drama popular itu, Adibah telah memuatnaik foto teaser di media sosial yang memaparkan wataknya, Dona berpakaian ala diva bersama keluarga Razif.

“Adakah anda semua sudah bersedia? Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia?” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu berjaya menarik perhatian ramai pengguna Twitter dengan lebih 25.1 ribu tanda suka, yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan siaran drama tersebut.

Buat masa ini, sesi penggambaran drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu masih berlangsung dan ia dijangka mula tayang pada September depan.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Astro Radio Tingkatkan Jangkauan Sebanyak 3% Ke 16.4 Pendengar Mingguan

Kakimuvee

Leave a Comment