Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Adam Wingard Akan Arahkan Filem “ThunderCats”

Selepas bertahun-tahun berspekluasi, akhirnya ThunderCats akan menuju ke layar perak dibawah pengarahan Adam Wingard. Menurut laporan Deadline, Warner Bros. telah memilih pengarah Godzilla vs. Kong itu untuk mengarah dan menulis filem adaptasi kartun popular yang telah keudara dari tahun 1985-89 dan akan menggunakan kombinasi GCI dan animasi untuk menghidupkan Lion-O dan klan pahlawan kucingnya.

Projek ThunderCats telah mula dibangunkan sejak 2007 apabila Warner Bros. memilih pengarah seni permainan video, Jerry O’Flaherty untuk mengarahkan filem animasi CGI itu. Bagaimanapun, projek tersebut gagal direalisasikan. Siri TV ThunderCats pernah dihasilkan pada 2011, namun hanya bertahan selama satu musim, dan kini siri yang lebih ringan, ThunderCats Roar sedang keudara di Cartoon Network.

Filem akan datang dilaporkan akan mnggunkan plot dari siri animasi, yang menceritakan sekumpulan pejuang seperti kucing yang terpaksa meninggalkan planet asal Thundera ketika menentang penjahat Mumm-Ra. 

Selain Godzilla vs. Kong, Wingard pernah terlibat dalam beberapa filem dan siri seperti filem thriler The Guest pada 2014, Blair Witch pada 2016 dan adaptasi Death Note pada 2017. Filem terbaru Wingard, Godzilla vs. Kong kini sedang ditayangkan dipawagam tempatan.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment