Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Adam Sandler & Netflix Kembali Bergandingan Dalam Filem Sci-Fi THE SPACEMAN OF BOHEMIA


Pelakon terkenal Adam Sandler dan gergasi streaming Netflix kembali bekerjasama dalam projek terbaru berjudul The Spaceman of Bohemia, lapor Deadline.

Berikut adalah butiran sinopsis untuk filem The Spaceman of Bohemia:

“The plot centers on an astronaut (Sandler) sent to the edge of the galaxy to collect mysterious ancient dust, but instead finds his earthly life falling to pieces and must turn to one voice to help him put it back together, which happens to belong to a creature from the beginning of time lurking in his ship.”

Filem sains fiksyen ini diadaptasikan dari novel berjudul sama karya Jorslav Kalfar. Adaptasi skrip ditulis oleh Colby Day, manakala pengarah minisiri Chernobyl, Johan Renck akan bertindak sebagai pengarah. 

Sandler dan Netflix telah menjalin perjanjian untuk hasilkan beberapa filem seperti Murder Mystery, Hubie Halloween dan terbaru, filem komedi sukan Hustle akan ditayangkan di Netflix tidak lama lagi.



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee