Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Adam Corrie Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru Berjudul “Kafir”

Pelakon filem Adam Corrie dilaporkan bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Kafir tidak lama lagi. Menurut laporan dari Cinema Onlinebekas pelakon KL Gangster itu akan memainkan watak utama dalam filem tersebut.

“Alhamdulillah, buat pertama kali selepas 20 tahun dalam bidang lakonan, saya ditawarkan watak hero dalam sebuah projek filem berjudul “Kafir”.

Sinopsis filem tersebut buat masa ini tidak diketahui, tetapi menurut Adam, dia akan membawakan watak seorang lelaki yang sanggup meninggalkan anak dan isteri semata-mata demi Islam.

Dalam perkembangan yang sama, Adam Corrie turut menjelaskan khabar angin mengenai pesaraannya dalam dunia seni. Menurut pelakon tersebut, dia masih lagi berlakon tetapi tawaran berlakon sudah tidak seperti dahulu.

Tambahnya lagi, dia masih lagi terbuka sekiranya mendapat tawaran untuk menjayakan watak-watak antagonis.

Sementara itu, selain berlakon Adam turut terlibat dalam karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 yang mana dia berperanan sebagai artis jemputan yang akan berkongsi pengalamannya kepada orang lain.

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Leave a Comment