Filem kemuncak Marvel Infinity War yang akan ditayangkan pada 4 May 2018 akan menjadi penentu kepada nasib beberapa karakter Marvel yang dikhabarkan akan ditamatkan atau masih diteruskan. Selepas filem berkenaan, dikatakan filem Avengers akan diteruskan tetapi akan berwajah baru.
Bagaimanapun, kita masih tidak mengentahui apakah tajuk untuk filem berkenaan kerana ia masih belum lagi dalam proses pembangunan. Walaupun sebelum ini filem Avengers akan datang dikatakan mempunyai dua bahagian iaitu Infinity War Part I dan Infinity War Part II, pihak Marvel dan pengarah adik beradik Russo mengambil keputusan untuk menukar tajuk dua filem Avengers berkenaan dengan Avengers: Infinity War dan Untitled Avengers.
Baru-baru ini salah seorang pelakon Guardians of the Galaxy, Zoe Saldana secara tidak sengaja mendedahkan tajuk Untitled Infinity War:
“I think that the Guardians just shot their part when it comes to ‘Infinity War,’ the first part,” says Saldana. “And we all have to go back for ‘Gauntlet’ later this year.”
Avengers 4 title – Avengers: Infinity Gauntlet says @ZoeSaldana at GOTG2 event. At wknd Marvel said title was still secret #InfinityGauntlet pic.twitter.com/LFg3u7FmDk
— lizo mzimba (@lizo_mzimba) April 24, 2017
Adakah Zoe memberitahu filem Avengers seterusnya bertajuk Avengers: Infinity Gauntlet?
Sebenarnya memang terdapat siri komik bertajuk Infinity Gautlet yang diterbitkan pada tahun 1991 tetapi jika dilihat susunatur filem (sekiranya benar Untitled Avengers bertajuk Infinity Gauntlet) ia seperti terbalik dari siri asal komik kerana selepas penerbitam Infinity Gauntlet, barulah komik Infinity War diterbitkan iaitu pada tahun 1992.
Bagaimanapun pengarah filem Anthony dan Joe Russo tidak mengeluarkan apa-apa informasi mengenai tajuk Avengers yang masih dirahsiakan itu. Mungkin kenyataan yang dikeluarkan oleh Zoe Saldana telah menimbulkan hoax dikalangan media-media hiburan filem di luar negara. Apapun kita tunggu pendedahan dari pihak Marvel mengenai tajuk filem Avengers seterusnya.