Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Adakah Tom Hardy Beri Hint Kemunculan Spider-Man Dalam Filem Venom 2?


Walaupun Spider-Man tidak membuat sebarang cameo dalam filem pertama Venom, peminat Marvel masih berharap dapat melihat Tom Holland beraksi sebagai Peter Parker dalam filem sekuel Venom 2. 

Setakat ini, banyak khabar angin mengenai kemunculan Spider-Man dalam filem Venom 2, lebih-lebih selepas perjanjian terbaru Disney dan Sony yang membolehkan karakter Spider-Man muncul dalam mana-mana filem Marvel terbitan Sony.

Kini, desas-desus cameo Spider-Men dalam filem Venom 2 dilihat semakin hangat apabila bintang utamanya, Tom Hardy telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram yang memaparkan dirinya memakai kostum Iron Spidey.

Tindakannya itu telah menimbulkan spekulasi dikalangan peminat tentang cameo Spider-Man dalam filem Venom akan datang, malah tak kurang juga ada yang menganggap Tom Hardy sekadar ingin berkongsi gambar ‘cosplay’ kepada peminatnya.

Pelakon tersebut kemudiannya memadam gambar Iron Spidey dari akaunnya. Anda boleh melihat tangkap layar yang sempat diambil peminat sebelum Hardy memadanmya.


Tom Holland sebelum pernah mendedahkan bahawa dia telah merakam babak cameo untuk filem Venom pada tahun 2018. Namun rakamannya itu telah dipotong dan dibuang, mungkin disebabkan perjanjian lama diantara Disney dan Sony.

Bagaimanapun, Disney dan Sony telahpun mementerai perjanjian baru yang dibuat beberapa minggu yang lalu, dan antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut, pihak Sony boleh menggunakan karakter Spider-man dalam mana-mana filem Marvel terbitannya.

Jadi adakah Venom 2 akan menjadi penampilan sulung Spider-Man dalam dunia filem Marvel Spider-Verse Jyang kini sedang dibangunkan oleh Sony? kita nantikan perkembangan dimasa akan datang.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee