Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Adakah Superman Akan Hidup Kembali Dalam Justice League, Sebagai Villain?

Sudah menjadi trend dikalangan industri perfileman Hollywood untuk melakukan twist pada karakter-karakter kegemaran peminat-peminat filem. Kita sudah melihat karakter seperti Dom, Optimus Prime dan David (Alien: Covenant)Ā berubah dari karakter proantagonist kepada antagonis. Kali ini terdapat teori dikalangan media-media perfileman Hollywood yang karakter Superman dalam Justice League juga akan menjadi villain selepas dia bangkit dari alam kubur.

Menurut artikel yang dikeluarkan Screenrant, Superman yang terbunuh dalam filemĀ Batman Vs Superman: Down of JusticeĀ akibat dibunuh oleh Doomsday akan bangkit kembali tetapi bukan sebagai seorang adiwira, sebaliknya menjadi villain yang akan membantu Steppenwolf untuk memusnahkan Bumi.

Agak radikal bukan? walaupun Superman tidak muncul dalam mana-mana Poster mahupun trailer Justice League, nama aktor Henry Cavil berada dibelakang nama Ben Affleck dalam senarai pelakon Justice League, malah pengarah Zack Snyder juga memberitahu, peranan Superman dalam filem Justice League dianggap penting dan bukan sekadar pelakon tambahan. Ini mengesahkan bahawa Superman tidak disisihkan dalam Justice League walaupun dalam filem sebelumnya ianya telah pun mati.

Sebenarnya agak sukar untuk mengaitkanĀ teori ini dengan mana-mana komik DC kerana jika dilihat komik yang begitu hampir dengan perjalanan filem DCEU, iaitu komikĀ Death & Return of Superman,Ā karakter superhero tersebut dibangkitkan melalui “regeneration matrix” selepas dia mati dibunuh oleh Doomsday (Sama seperti babak pertarungan antara Batman, Superman, Wonder Women dengan Doomsday). Tapi untuk mengaitkannya dengan siri komik semasa ia dihidupkan semula agak sukar kerana ia melibatkan karakter-karakter yang tidak wujud dalam DCEU.

Antara teori lain yang dikeluarkan oleh laman web Screenrant, sut hitam yang ditunjukkan oleh Henry Cavil di laman Instagram nya menandakan Superman dalam filem akan datang adalah Superman yang jahat dan “dark”. Tapi harus diingat sut hitam Superman pernah digunakannya dalam siri animasi dan komik Superman, bukan kerana dia jahat tetapi keranaĀ dia memerlukan material yang mampu menyerap tenaga solar dengan pantas dan warna hitam adalah warna yang dapat menyerap cahaya matahari dengan efektif. Bukankah Superman memerlukan cahaya matahari untuk terus bertenaga?

Dalam siriĀ Return of Superman,Ā Superman yang baru bangkit dari mati mengalami mengalami kekurangan tenaga dengan begitu teruk, disebabkn itu, dia telah diberi Sut hitam yang mampu membantunya menyerap tenaga solar dengan pantas dan kembali berkuasa, malah dalam siri animasi Superman pada tahun 2007, Superman mengunakan “Black Solar” sut nya untuk menentang klon Superman yang dicipta oleh Lex Luthor.

Jadi teori villain disebabkan Black Sut nya mungkin boleh dipertikai memandangkan jika Superman kembali dari alam kubur dalam filem Justice League, ia mungkin dalam keadaan sangat lemah dan ahli-ahli Justice League pasti memerlukan bantuannya dengan segara untuk menewaskan Steppenwolf dan Parademons. Jadi untuk dia dapat tenaga dari matahari dengan pantas, dia memerlukan warna yang dapat menyerap tenaga matahari dengan cepat, dan warna hitam adalah yang paling sesuai.

Apapun teori yang mengenai Superman dalam filem akan datang, kita akan dapat mengentahuinya nanti apabila filem Justice League akan ditayangkan pada 17 November 2017

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment