Adakah Spider-Man: Far From Home Secara Rahsia Perkenalkan Satu Lagi ‘Villain’ Spider-Man

476
views

*Amaran! artikel ini mengandungi Spoiler Spider-Man: Far From Home

Bagi yang telah menonton Spider-Man: Far From Home pasti anda telah mengentahui bahawa villain sebenar dalam dalam filem kali ini bukanlah Elementals, sebaliknya adalah Mysterio yang mempunyai misi untuk merampas Edith milik Tony Stark dari Peter Parker.

Apa yang menariknya, selain Mysterio dan Elementals, Marvel Studios / Sony secara senyap-senyap meletakkan satu lagi karakter ‘villain’ dalam filem Spider-Man: Far From Home tanpa disedari para penonton.

Karakter yang dimaksudkan adalah Dimitri lakonan aktor berbangsa Turki, Numan Acar. Dalam Spider-Man: Far From Home, Dimitri merupakan rakan sekutu kepada Nick Fury dan individu yang diarahkan Fury untuk menukar jadual rombongan sekolah Midtown ke Prague.

Walaupun nama penuh Dimitri tidak didedahkan, terdapat teori peminat yang mengatakan bahawa, karakter lakonan Acar itu adalah Dimitry Smerdyakov atau juga dikenali sebagai Chameleon, supervillain yang pakar dalam teknik penyamaran dan pelakon yang hebat.

Pengarah Spider-Man: Far From Home, Jon Watts sebelum ini pernah ditanya mengenai karakter misteri Dimitri, dan dia tidak menafikan atau mengesahkan karakter misteri tersebut adalah Chameleon. Sebaliknya dia berkata, setiap individu yang berkerja dengan Nick Fury memiliki rahsia mereka sendiri.

“Well, Dmitri in the film works for Nick Fury and I think anyone who works for Nick Fury, they certainly have a mysterious past,” “We’re not specifically saying that he’s…but we’re not not saying.”

Ini mendorong peminat berteori mengenai Dimitri a.k.a Chameleon. Dimitri dikatakan bekerja untuk Mysterio dan digunakan oleh Quentin Beck sebagai ‘body double’. ‘Body double’ dalam terma filem adalah pelakon lagak ngeri yang melakukan aksi berbahaya bagi pihak pelakon utama.

Memandangkan Chameleon seorang ‘method actor’ dan pakar dalam melakukan penyamaran, jadi tidak mustahil untuk Dimitri berlakon dan menyamar sebagai Mysterio terutamanya ketika aksi di Jambatan London.

Apabila ‘Mysterio’ ditembak oleh dronnya sendiri dan EDITH mengesahkan kepada Peter bahawa tiada ilusi serta individu dihadapannya telah mati, berkemungkinan mayat tersebut adalah Dimitri, bukannya Beck.

Malah ‘Mid credit’ Spider-Man: Far From Home turut menimbulkan persoalan peminat, adakah Mysterio benar-benar mati? atau dia sebenarnya masih hidup dan menjalankan pelan kontingensinya selepas rancangan asal gagal dengan sengaja memanipulasi orang ramai untuk membuatkan mereka berfikir yang Spider-Man adalah jahat.

Jika teori peminat ini benar, ia bermakna Marvel Studios secara rahsia telah memperkenalkan watak supervillain dalam filem ini tanpa kita sedari, dan secara tidak langsung membuatkan penonton berteka-teki mengenai status Mysterio. Kepada peminat-peminat MCU, apa pendapat anda mengenai teori ini, adakah anda rasa Mysterio masih hidup? kongsikan pendapat anda.