Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Adakah Sekuel Parodi Star Wars, Spaceball 2 Akan Menjadi Kenyataan?

Siapa pernah menonton filem parodi Star Wars, Spaceball? mesti ada yang pernah menontonnya dan mungkin ada yang tidak tahu kewujudan filem berkenaan. Spaceball diterbitkan pada tahun 1987 oleh pengarah Mel Brooks dan ianya adalah filem berunsur parodi berdasarkan filem sains fiksyen popular pada masa itu, Star Wars.

Filem berkenaan menampilkan beberapa karakter yang mirip dengan karakter-karakter yang ada dalam filemĀ Star Wars sepertiĀ Captain Lone Starr (Han Solo),Ā Barfolomew (Chewbacca),Ā Princess Vespa (Princess Leia),Ā Dot Matrix (C-3PO),Ā Lord Dark Helmet (Darth Vader) danĀ Yogurt (Yoda).

Spaceball boleh dikatakan sebuah filem parodi yang agak kelakar pada masa itu (dan juga masakini jika anda menontonnya), namun tiada sekuel dihasilkan sehingga beberapa tahun lepas semasa populariti filemĀ Star WarsĀ meningkat naik disebabkan filem terbaru masa itu iaituĀ A Force Awakens.Ā Disebabkan filem Star Wars mendapat populariti yang tingggi pada masa itu, ura-ura mengatakan filemĀ Spaceball 2Ā akan dihasilkan, tetapi berita berkenaan segera disangkal oleh pengarahnya Mel Brooks.

Bagaimanapun, Mel Brooks berkata, dia suka dengan idea sekuel Spaceball dan berharap ianya dapat direalisasikan.

Lord Dark Helmet

Terbaru, semasa sesi soaljawab dengan penonton selepas tayangan filemĀ Young Frankenstein,filem komedi seram arahannya yang diterbitkan pada tahun 1974, penonton telah bertanyakan soalan mengenai kemungkinan filemĀ Spaceball 2Ā dihasilkan, ini jawapan pengarah tersebut;-

ā€œWell, you know, I’m doing it. MGM is slightly interested in doing it because of the new Star Wars…They think maybe, so we’re talking.ā€

MGM adalah studio yang menerbitkan filem parodi berkenaan, dan dikatakan berminat untuk menghasilkan sekuel pada masa akan datang. Dan jika ianya dapat direalisasikan, kemungkinan pelakon-pelakon baru akan membintangi filem ini memandangkan pelakon-pelakon asal sudah tidak lagi berlakon dan ada yang sudah meninggal dunia.

Jadi kepada yang pernah menonton filemĀ Spaceball,Ā adakah anda mahu melihat sekuel filem yang bakal diberi tajukĀ Spaceballs 2: The Search for More Money.ā€ dapat dihasilkan?

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment