Sejak filem live-action Transformers mula ditayangkan 10 tahun yang lalu, filem yang diterajui oleh Michael Bay telahpun mengaut $3.4 billion. Disebabkan ia dapat memberikan pulangan yang cukup lumayan kepada pihak studio, Paramount terus merancang beberapa filem Transformers dalam cinematic universe mereka sendiri, dan terbaru, filem kelima dalam franchise Transformers, The Last Knight yang akan menemui penonton tidak lama lagi.
Apa yang menariknya filem terbaru itu nanti ialah beberapa twist telah berlaku misalnya watak Optimus Prime telah bertukar menjadi jahat dan beberapa karakter baru juga diperkenalkan antaranya Hot Rod. Siapakah Hot Rod dan apa peranannya dalam filemĀ Transformers: The Last Knight?
Kita lihat dahulu filem animasi Tranformers yang diterbitkan pada 1986 yang ada turut menampilkan Hot Rod sebagai salah satu karakter dalam filem animasi tersebut (Transformers: The Movie). Filem yang dibintangi olehĀ Leonard Nimoy dan Orson Welles secara praktikalnya telah mematikan kesemua watak asal Transformers termasuklah Optimus Prime. Kemudian, watak Transformers baru yang dikenali sebagai Hot Rod telah mengambil Matrix of Leadership dari Optimus Prime dan menjadi ketua yang dikenali sebagai Rodimus Prime.
Bagaimanapun, langkah yang diambil oleh mereka pada waktu itu telah ditentang hebat oleh peminat Transfomers sehinggalah mereka terpaksa membawa kembali watak Optimus dan beberapa watak asal dalam siriĀ Generation Two.Ā Bagaimanapun, Hot Rod tidak dilupakan, malah dia telah diberi peluang untuk muncul dalam bentuk Live-Action dalam filemĀ The Last Knight.

Menurut artikel yang dikeluarkan olehĀ Entertainment Weekly,Ā salah satu karakter manusia dalam filemĀ The Last Knigt, Sir Edmund Burton (lakonan Sir Anthony Hopkins) telah bekerjasama dengan Hot Rod untuk menyiasat kenapa Transformers berada di Bumi.
Dalam filemĀ Transfomers: The Last KnightĀ juga ia menampilkan karakter Viviane Wembley yang dilakonkan oleh Laura Haddock, seorang Profesor English Literature di Oxford. Viviane memilki sebuah kereta model 1963 Citroen milik bapanya yang sebenarnya adalah Hot Rod dan ditugaskan untuk menjaga Viviane serta menjadi ejen undercover untuk Autobot. Malah Hot Rod mengumpul maklumat secara rahsia dari wanita tersebut untuk diberikan kepada Sir Edmund Burton. Laura Haddock memberikan sedikit gambaran mengenai hubungannya dengan Hot Rod:
Itās a rickety old thing, but she canāt part with it because she adores it. This car has actually been put there to watch her and feedback information to Anthony Hopkinsās character about what sheās up to and her life. So yeah, she gets kind of taken [by surprise] in a really funny, dramatic way by this Hot Rod.
Sheās not had a very good relationship with her father, but this is one thing that her father has done that makes her realize that maybe he cared than she thought.
Sebenarnya bagi peminatĀ Transformers,Ā penglibatan Hot Rod dalam filem kali ini nampak merisaukan memandangkan karakter tersebut berkait rapat dengan kematian Optimus Prime dalam filem animasi terdahulu. Mereka bimbang samada Optimus akan terus kekal hidup dalam filem akan datang atau ditamatkan riwayatnya sama seperti dalam filemĀ Transformers: The Movie dan kemudianya Hot Rod mengambilalih tampuk pemerintahan Autobot dari tangan Optimus.
Diharap filem kali ini tidak melakukan kesilapan pada filem yang diterbitkan pada tahun 1986 yang lalu dimana mereka terpaksa menghidupkan semula karakter Optimus akibat ditentang hebat oleh peminat-peminat kipas-susah-mati Transformers. Apapun kita tunggu filem ini yang akan ditayangkan pada 23 Jun 2017.