Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Adakah Ini Harga Langganan Disney+ Hotstar MY Untuk Setahun?


Di Malaysia, terdapat banyak perkhidmatan streaming yang boleh dinikmati pengguna, tetapi Disney+ tetap ditunggu-tunggu rakyat Malaysia kerana perkhidmatan streaming itu menawakan banyak rancangan menarik seperti Marvel Cinematic Universe dan juga Star Wars.

Pada penghujung Januari, Disney+ Hotstar MY telah mewujudkan dua laman media sosial (telah ditutup), menandakan pembukaan perkhidmatan streaming itu di Malaysia. Namun, tiada tarikh pelancaran disertakan. 

Dikala menunggu tarikh pelancaran Disney+ Hotstar MY, pengguna mungkin dapat gambaran awal mengenai harga langganan perkhidmatan streaming itu.

Menerusi perkongsian gambar yang kami terima (anda boleh lihatnya dibawah), harga langganan Disney+ Hotstar MY untuk setahun mungkin berharga RM89.90. Untuk info, anda tidak akan menjumpai aplikasi Disney+ dimana-mana laman muat turun rasmi, seperti Google Play Store atau Apple App Store. 

Sumber memberitahu kami, fail apk Disney+ dimuat turun dari sebuah laman web, dan paparan muka masih lagi bertulis “dalam penyelenggaraan”.


 

Aplikasi Disney+ Hotstar MY

Apapun, harga yang dipaparkan masih belum rasmi, dan kita perlu menunggu pelancaran perkhidmatan streaming itu untuk mengentahui pakej dan harga yang akan ditawarkan kepada pengguna. 


Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee