Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Adakah Green Ranger Seorang Wanita Dalam Filem Akan Datang?

Filem Power Rangers telah memulakan langkah kananya pada minggu pertama tayangan apabila berjaya mengaut $40.5 juta dan menerima pelbagai kritikan dan komen dari pengkritik filem. Kejayaan filem pertama ini telah mendorong Lionsgate mengembangkan franchise Power Rangers apabila mengumumkan akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 5 sekuel filem berkenaan dan akan terus dibintangi oleh pelakon muda Dacre Montgomery, Ludi Lin, Becky G, Naomi Scott, dan RJ Cyler.

Filem Power Rangers ini boleh dianggap menarik dari filem asala kerana mengembangkan origin Power Rangers dan memperkenalkan beberapa element yang baru yang tidak ditunjukan dalam siri asal Power Rangers. Paling menarik apabila Mid-Credits scene filem berkenaan meninggal satu point yang menarik untuk penonton menanti filem seterusnya.

Babak mid-credit scene tersebut menunjukkan cikgu kelas tahanan di Angle Groove memanggil nama ‘Tommy Oliver’ – tetapi pelajar tersebut tiada di tempatnya dengan jaket berwarna hijau tergantung pada kerusi.

Babak tersebut boleh diibarat klu untuk ditunjukkan kepada penonton bahawa Green Ranger bakal diperkenalkan dalam sekuel akan datang. Ramai peminat tahu bahawa watak tersebut dibawa oleh Jason David Frank dalam siri asal dan sehingga kini, tiada info mengenai siapakah yang bakal membawa watak lagenda dalam siri Power Rangers.

Baru-baru ini, salah seorang pelakon Power Rangers, Dacre Montgomery (yang membawa watak Red Ranger) berkata dia dan pelakon-pelakon lain mahu melihat karakter Tommy Oliver adalah seorang wanita.

“A lot of the cast and I have discussed that we think it should be a girl. It makes it even three girls, three boys.”

Walaupun nama ‘Tommy’ senonim dengan individu lelaki, Montgomery berkata terdapat juga wanita yang menggunakan gelaran Tommy pada diri mereka. Beliau juga percaya babak Mid-Credit scene tersebut tergantung dan gender untuk watak tersebut masih boleh ditetapkan lagi.

“It’s left blank. It’s a cliffhanger. Whoever you’re going to drop into that position — whether it’s a girl, it’s inevitably going to create drama. It’ll be interesting to drop that drama into it and see how we all relate to it and work with it.” 

Rita Repulsa adalah Green Ranger sebelum menjadi Villain

Tommy Oliver diawal kemunculannya dalam siri original Power Ranger (5 episod – Green is Evil) telah di ‘brainwash’ oleh Rita untuk menentang Power Rangers sebelum meninggalkan Rita dan menyertai Power Rangers dan bertukar menjadi White Ranger.

Dalam filem terbaru ini juga menerangkan origin Rita Repulsa yang merupakan Green Ranger dan Zordon adalah Red Ranger. Difahamkan, filem sekuel akan datang mungkin akan diambil dari siri awal kemunculan Tommy Oliver. Mid-credit scene tersebut telah memberikan peluang luas kepada Elizabeth Bank yang membawa watak Rita Repulsa untuk kembali dalam filem akan datang dan mempengaruhi Tommy untuk menyertainya, sama seperti dalam siri asal televisyen.

Jadi kepada peminat siri Power Rangers, patutkah Green Ranger dibawa oleh pelakon wanita?

 

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment