Berita

Adakah Carrie Fisher Akan Muncul Dalam Star Wars: Episode IX?

Views

Selepas kematian pelakon yang terkenal dengan watak Princess Leia dalam filem Star Wars, Carrie Fisher, banyak spekulasi adakah beliau akan muncul dalam filem ke-sepuluh, Star Wars: Episode IX. Filem terbaru yang akan ditayangkan hujung tahun ini Star Wars: The Last Jedi akan menampilkan watak beliau kerana filem tersebut telah pun selesai pengambaran sebelum kematiannya, bagaimanapum, filem selepas itu belum memulakan pengambaran, dan kematiannya telah menyebabkan pihak studio terpaksa memikirkan kembali rancangan mereka kerana watak Princess Leia masih ada dalam filem tersebut.

Berita terbaru yang kami baca dilaman hiburan Comingsoon.net, abang kepada mendiang, Todd Fisher telah memberitahu kepada wartawan The New York Daily yang dia dan anak kepada mendiang, Billie Lourd telah memberikan kebenaran kepada Disney dan Lucasfilm untuk menggunakan footage mendiang yang terbaru dalam filem akan datang.

Footage terbaru Carrie Fisher dalam Filem Star Wars: Force Awaken

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi bagaimana mahu menghidupkan watak Princess Leia dalam Episode IX antaranya menggunakan teknik CGI, namun pihak Disney telah membuat kenyataan rasmi pada Januari yang lalu bahawa mereka tidak akan teknik digital untuk menghidupkan watak Fisher.

We don’t normally respond to fan or press speculation, but there is a rumor circulating that we would like to address. We want to assure our fans that Lucasfilm has no plans to digitally recreate Carrie Fisher’s performance as Princess or General Leia Organa.”

Bagaimanapun, Disney tidak menyebut untuk menggunakan footage terbaru pelakon terbabit dalam pembikinan filem dalam kenyataan rasmi mereka.

Abang beliau memberitahu keputusan mereka semasa Festival Filem TCM di Los Angelas baru-baru ini.

“She’s as much a part of it as anything and I think her presence now is even more powerful than it was, like Obi Wan — when the saber cuts him down he becomes more powerful. I feel like that’s what’s happened with Carrie. I think the legacy should continue.”

Dengan berita terbaru ini, adakah pihak Disney dan Lucasfilm akan menggunakan footage Carrie Fisher untuk filem kesepuluh dalam Star Wars Saga nanti? kita tunggu dan lihat.

Star Wars: Episode IX masih belum memulakan pengambaran dan dijangka akan ditayangkan pada 23 May 2019

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks