Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Adakah “Black Widow” Dedahkan Apa Yang Terjadi Di Budapest? Ini Penjelasan Scarlett Johansson

Black Widow pastinya ditunggu-tunggu peminat memandangkan ia mungkin filem terakhir watak Natasha Romanoff di MCU selepas kematiannya dalam Avengers: Endgame. 

Lagipun, filem solo ini memberi peluang kepada peminat untuk meneroka kisah asal usul Natasha, lebih-lebih keinginan peminat mengetahui apa yang terjadi di Budapest!

Ibukota Hungary itu pertama kali dirujuk dalam filem The Avengers (2012) selepas Natasha mengungkapkan dialog “just like Budapest all over again” kepada Clint Burton.

Perbualan kedua-dua watak itu membangkitkan pertanyaan peminat tentang apa yang berlaku di Budapest, dan peminat mengharapkan jawapan itu ada dalam filem Black Widow.

Advertising

Dalam Marvel’s Black Widow: The Official Movie Special Book, pelakon Scarlett Johansson mengesahkan bahawa peminat akan mengentahui lebih lanjut mengenai kejadian di Budapest dalam filem akan datang. 

“We all agreed that we had to find out what happened in Budapest. That started out as this throwaway line which Joss Whedon threw into Marvel’s The Avengers as a funny moment between Hawkeye and Black Widow. That’s Clint and Natasha talking about their history, and you get a fun little Easter egg for fans to theorize about. We thought that if we don’t go back to Budapest and find out what really happened there, people will feel unsatisfied. I wondered what did happen there?”

Selain itu juga, Johansson turut menjelaskan bahawa, Black Widow bukan semata-mata mengenai Budapest, sebaliknya lebih fokus pada beban yang dihadapi Natasha.

“Black Widow is not about what happened in Budapest, but it’s a huge jumping-off point for us to understand the heaviness of Natasha’s burden.”

Kini peminat boleh mengharapkan penjelasan mengenai Budapest dalam cara yang signifikan dalam filem Black Widow, dan juga berharap dapat melihat Jeremy Renner muncul sebagai cameo. 

Diarahkan oleh Cate Shortland dan ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson, filem terbaru MCU ini menyaksikan Scarlett Johansson meneruskan wataknya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow.

Turut sertai barisan pelakon adalah Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov serta Rachel Weisz. Black Widow akan ditetapkan selepas peristiwa Captain America: Civil War dan sebelum Avengers: Infiinity War

Black Widow akan ditayangkan pada 7 Mei 2021.

Advertising
Advertising

Related posts

Pengarah Christopher McQuarrie Kongsi Gambar Terbaru “Mission: Impossible 7”

Kakimuvee

Tom Holland Sahkan Kontrak Spider-Man Akan Berakhir Selepas “No Way Home”

Kakimuvee

Filem Animasi “Avatar: The Last Airbender” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Marvel Akhirnya Dedah Tajuk Sebenar “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Leave a Comment

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman