Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Adakah Anda Perasan Cameo Stephen King Dalam IT: Chapter Two? Saksikan Klip Videonya Disini

IT: Chapter Two yang ditayangkan pada awal September yang lalu merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan buat peminat-peminat filem seram terutamanya yang meminati novelis terkenal, Stephen King. Boleh dikatakan banyak babak-babak menarik yang dipaparkan dalam sekuel yang lalu, dan paling mengejutkan adalah babak cameo yang melibatkan Stephen King.

Mungkin ada yang perasan cameo tersebut, mungkin juga ada yang terlepas pandang kerana tidak mengenali bagaimana rupa novelis berkenaan ataupun terlampau fokus kepada jalan cerita filem. Bagi yang terlepas, disini kami kongsikan klip filem yang dimuatnaik oleh pengguna Youtube Nerd Clip HD. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

IT: Chapter Two diarahkan oleh Andy Muschietti berdasarkan skrip tulisan Gary Dauberman.

Filem tersebut yang bersambung dari peristiwa filem pertama berkisarkan tentang ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff kembali memainkan peranan masing-masing dari filem pertama, iaitu sebagai ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT: Chapter Two kini boleh didapati dalam bentuk DVD dan Blu-Ray

https://youtu.be/ybWAcHZpTEk

Related posts

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

A LOOK AT HAN SO-HEE’S K-DRAMA CHARACTER FASHION EVOLUTION

Zulaikha

6 Shows Starring Our Very Own Michelle Yeoh You Should Watch on Netflix

Isqandar

A CLOSER LOOK AT THE MUSIC OF HOSPITAL PLAYLIST S2

Isqandar

Leave a Comment