Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Filem debut Hairul Azreen, Ada Hantu, yang ditayangkan di Disney+ pada 13 Ogos yang lalu, telah mendapat sambutan yang cukup luarbiasa dari penonton. Rata-rata mereka memuji filem tersebut yang dikatakan kelakar dan menghiburkan. Melihat kepada kejayaan filem tersebut, studio penerbitan, Act 2 Pictures telah mengumunkan perancangan filem sekuel yang bertajuk Ada Hantu 2. 

Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai plot dan tarikh pelepasan, tetapi dijangkakan, barisan pelakon terdahulu mungkin akan kembali meneruskan peranan masing-masing.

Filem asal diarahkan Hairul Azreen berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Adrian Teh dan Amar Amir. Ia mengisahkan Aliff (Zahiril Adzim), ‘Youtuber’ dan skeptikal terhadap semua perkara ghaib, yang mencabar rakan-rakannya untuk bermalam di sebuah rumah lama, terbengkalai – dikhabarkan pernah dimiliki oleh jeneral tentera Jepun yang telah menyeksa dan membunuh semua orang di sekelilingnya dengan kejam – untuk membuktikan bahawa hantu itu tidak wujud. Ketika malam menjelang dan Aliff kehilangan rakan-rakannya, dia segera menyedari bahawa rumah itu bukan semua yang dia bayangkan.

Selain mengarah, Hairul Azreen turut memainkan peranan utama sebagai Talha, dan dia turut disertai Zahiril Adzim sebagai Aliff, Shiqin Kamal sebagai Bariah, Hairul Azreen sebagai Talha, Elvina Chua sebagai Sasha, Nafiez Zaidi sebagai Jimmy dan ramai lagi. 

Bagi yang belum menonton Ada Hantu, anda boleh strim filem seram komedi ini Disney+ Hotstar. Anda juga boleh baca ulasan kami disini

Strim Ada Hantu (2021)

Related posts

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Gandingan Mantap Shukri Yahaya, Janna Nick & Khai Bahar Dalam Drama Terbaru “Shakira”

Kakimuvee

Leave a Comment