Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ada Apa Dengan Cinta 2 Kutip RM1 Juta

AADC2_Official_Pre_Teaser

Selepas tiga hari, filem edaran Primeworks Distribution, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) berjaya mencatat kutipan RM1 juta hasil tayangan di pawagam seluruh negara.

Menerusi kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan, hari ini, filem lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra itu sudah pun ditonton sekurang-kurang 80,000 dalam tempoh berkenaan.

Filem arahan Riri Riza yang juga judul susulan kepada karya popular, Ada Apa Dengan Cinta (2002), itu mula menemui penonton di Malaysia pada 28 April lalu. Naskhah terbitan Mira Lesmana berkenaan dijangka akan terus mencatat pungutan pecah panggung apabila memasuki minggu kedua tayangan di kira-kira 100 pawagam.

Selain dua bintang sensasi terbabit, filem yang ditunggu ramai peminat itu turut membariskan pelakon seperti Titi Kamal, Sissy Priscillia, Adinia Wirasti dan Dennis Adhiswara.

Related posts

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Isqandar

Pandangan Terbaru Finn Wolfhard & Mckenna Grace Dalam ‘Ghostbusters: Afterlife’

Kakimuvee

Preview HBO Max Papar Pandangan Pertama ‘Godzilla vs. Kong’, ‘Mortal Kombat’, ‘The Conjuring 3’ & ‘Malignant’!

Zulaikha

Michael B. Jordan Kembali Dalam Filem “Black Panther 2”?

Kakimuvee

Mortal Kombat Dedah Gambar Pertama & Sinopsis Rasmi

Isqandar

Leave a Comment