Tiga filem Hollywood iaitu Downton Abbey, Ad Astra dan Rambo: Last Blood telah memulakan tayangannya pada minggu ini. Namun penguasaan kutipan tiket berpihak kepada filem terbitan Focus Features, Downton Abbey yang mencatatkan kutipan sebanyak $31 juta di pasaran domestik Amerika Syarikat (AS) dan $30.8 juta dipasaran antarabangsa.
Filem terbitan New Regency dan 20th Century Fox, Ad Astra menduduki tangga kedua carta box office AS apabila mencatatkan kutipan sebanyak $19.2 juta dolar, manakala kutipan antarabangsa mencecah $26 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $45.2 juta. Filem ini sains fiksyen ini diarahakn oleh James Gray dan dibintangi pelakon Brad Pitt.
Rambo: Last Blood membuktikan Slyvester Stallone masih berbisa apabila mencatat kutipan sebanyak $19.015 juta pada minggu pembukaan. Kutipan filem ini mengatasi filem Rambo 4 yang meraih $18.2 juta dolar pada tempoh yang sama.
Sementara itu, filem terbitan Warner Bros dan New Line Cinema, IT: Chapter Two terus menambah kutipan tiket apabila mencatatkan kutipan sebanyak $17.25 juta di pasaran domestik AS pada minggu lalu dan $21.3 juta dolar dipasaran antarabangsa. Filem seram adaptasi novel Stephen King itu telahpun mengumpul sebanyak $385.1 juta sejak ia ditayangkan.
Filem yang diharamkan dia Malaysia iaitu Hustlers mencatatkan penurunan kutipan tiket sebanyak 49% apabila hanya meraih $17 juta dolar pada minggu kedua tayangan. Namun dengan jumlah terkumpul sebanyak $62.55 juta dan modal pembikinan hanya $20 juta, ia menjadi salah satu filem yang sukses dari segi komersial pada tahun ini.