Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Abomination Kembali Dalam Siri “She-Hulk”


Tatiana Maslany akan memainkan watak utama dalam siri Marvel Disney+ She-Hulk sebagai watak utama, disamping dua veteran MCU, Mark Ruffalo yang akan meneruskan peranannya sebagai Bruce Banner / Hulk dan Tim Roth sebagai Blonsky/Abomination, watak penjahat utama dalam filem kedua MCU, The Incredible Hulk

Pekara tersebut diumumkan Kevin Fiege semasa perbentangan Disney’s Investor Day.

Penglibatan Ruffalo telah dijangka peminat berdasarkan kisah asal-usul Jennifer Walters yang memperolehi kuasa yang serupa dengan The Green Goliath selepas dia menerima transfusi darah dari sepupunya, Bruce Banner.

pengarah Dead To Me Kat Coiro akan mengarahkan episod pilot serta beberapa episod yang lain. Penulis lakonlayar Rick and Morty, Jessica Gao turut disahkan akan mengetuai barisan penulis skrip.

Maslany dikenali menerusi peranannya dalam siri Orphan Black, dan dia juga membuat kemunculan dalam siri Diary of the Dead, Stronger, Destroyer dan terbaru, siri HBO, Perry Mason.


She-Hulk dijadualkan penggambarannya pada tahun hadapan di Atlanta, Georgia.

 


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee