Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Abang Long Fadil 2: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini.

Barisan pelakon Abang Long Fadil 2

Mesti ramai peminat filem tempatan tak sabar menantikan filem kedua Abang Long Fadil yang akan ditayangkan pada tahun ini. Filem arahan pengarah muda, Syafiq Yusof ini merupakan spin-off kepada filem gangster terkenal iaitu KL Gangster.

Filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2014 dan menelan belanja sebanyak RM3 juta telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak RM4.61 juta di 3 buah negara dan berjaya tercalon dalam Festival Filem ke-27 dalam kategori Kesan Khas Terbaik dan Anugerah Meletop Era dalam kategori Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.

Apa yang kita tahu setakat ini?

Filem Abang Long Fadil 2 telahpun memulakan pengambarannya pada 13 November 2015 dan beberapa lokasi pengambaran telah dipilih antaranya Kuala Lumpur, pelabuhan Klang dan Putrajaya. Durasi pengambaran filem ini mengambil masa selama 50 hari dan 30% dari filem ini telah menggunakan kesan CGI. Well, Syafiq Yusof memang terkenal dengan penggunaan kesan khas ini. Ingat filem Desolasi?

Selain mengekalkan Zizan Razak sebagai Fadil, beberapa muka baru telah menyertai barisan pelakon filem ini antaranya pengacar terkenal, AC Mizal, ikon fesyen negara, Wak Doyok, A. Galak dan Tania Hudson. Syamsul Yusof antara muka lama yang bakal membintangi filem ini, cuma wataknya kali ini bertukar dari seorang gangster kepada anggota polis. Selain itu juga, dua pelawak tanah air, Shuib Sepahtu dan Achey Bocey turut berlakon dalam filem kedua ini.

Wak Doyok

Ini adalah filem pertama Wak Doyok dan beliau akan memegang watak sebagai anak kepada ketua Mafia, Taji Samprit lakonan A. Galak.

Kos untuk penghasilkan filem ini menelan belanja sebanyak RM3.2 juta dan dijangka kutipannya akan mengatasi filem sebelum ini memandangkan populariti yang diterima ditambah dengan beberapa bintang terkenal yang berlakon dalam filem aksi komedi ini.

Sinopsis

“Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Insp. Wahab dan Insp. Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

Dalam pada masa yang sama, Yana, seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan Tiger juga terjebak dalam kekalutan masalah yang dialami Fadil. Fadil terpaksa menjalani hidup sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit.

Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah”

Tarikh tayangan filem Abang Long Fadil.

Menerusi info dan sumber yang kami terima, filem Abang Long Fadil akan ditayangkan pada 24 Ogos 2017, walaubagaimanapun kita perlu menunggu pengesahan daripada pihak produksi.

So, berapa ramai disini yang tidak sabar untuk menantikan filem Abang Long Fadil?

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment