Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Abam Bocey Tamatkan Zaman Bujang


Abam Bocey
Sumber gambar: Radiomalaysia.net

Dengan sekali lafazĀ  pelawak popular Abam Bocey sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, kira-kira jam 5.35 minit petang tadi.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dan Hidayah dinikahkan Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan. Manakala jumlah wang hantaran adalah sebanyak RM13,888.

Abam Bocey Kahwin
Abam Bocey dan pasangannya Norhidayah Mohd Ali. Sumber gambar: Astro Awani

Dua anggota kumpulan Bocey, Fad dan Achey turut hadir menemani sahabat baik mereka itu.

Terdahulu, Abam dan Hidayah melangsungkan pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10 pagi tadi. Abam dan Hidayah mula mengenali di antara satu sama lain sejak empat tahun lalu.


Sumber: Astro Awani


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee