Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Aaron Aziz Tetap Berlakon Filem Aksi Walaupun Cedera Dibahagian Bahu

Walaupun mengalami kecederaan urat sarat pada bahunya, pelakon Datuk Aaron Aziz berlakon dalam filem aksi yang berjudul JB Pailang. Berkata kepada mStar, pelakon tersebut mengakui beliau tetap berdegil untuk kembali ke set penggambaran filem tersebut.

“Isteri saya sebenarnya marah apabila saya mahu kembali berlakon dalam filem aksi tetapi saya degil. Bukan apa rindu hendak buat benda-benda aksi selain cabaran berlakon filem aksi berbeza daripada genre lain,” 

Walaubagaimanapun, pelakon KL Gangster memberitahu, keselamatannya tetap dititikberatkan dan pelbagai langkah keselamatan diambil sepanjang penggambaran supaya perkara buruk tidak berlaku.

“Jika saya terus melayan sakit yang sudah berlarutan agak lama ini mungkin satu kerja pun takkan jadi. Sebab itu saya kuatkan juga semangat tetapi saya utamakan kesihatan diri dan ambil langkah berjaga-jaga.”

Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun itu berkata sekiranya dia berasa sakit dia akan terus baring dan memakai pendakap leher bagi melegakan kesakitan selain sering membaca ayat-ayat Al-Quran sebagai pelindung dirinya.

Dia juga sudah tahu cara untuk mengurangkan kesakitan bahunya selain mengelak dari mengangkat barang-barang berat.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai filem aksi terbarunya itu, ia sebuah naskhah arahan pengarah hebat iaitu Raja Mukhriz.

Aaron bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu buat masa ini.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

Leave a Comment