Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

A24 telah melancarkan trailer rasmi untuk filem The Humans, arahan Stephen Karam yang juga merupakan debut pengarahannya. Filem terbaru ini telah membuat tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2021.

Trailer The Humans, yang anda boleh tonton dibawah, menyoroti perjumpaan Thanksgiving keluarga Blake, di mana mereka berpeluang untuk bercerita mengenai rungutan dan perbezaan yang tidak dapat diselesaikan di antara mereka. Filem ini akan ditayangkan di pawagam A.S. pada 24 November ini.

The Humans ditulis dan diarahkan oleh Stephen Karam, berdasarkan teater Broadway tahun 2016 yang telah memenangi Tony Award untuk kategori ‘Best Play’. Adaptasi filem ini dibintangi oleh calon Oscar, Richard Jenkins (The Shape of Water), Steven Yeun (Minari), dan June Squibb (Nebraska) bersama dengan calon Golden Globe, Amy Schumer (Trainwreck), dan Beanie Feldstein (Booksmart). Turut menyertai barisan pelakon adalah Jayne Houdyshell yang akan mengulangi peranannya sebagai Deirdre Blake.

 

Related posts

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash & Batman Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Tonton Rakaman Terbaru Black Adam Menjelang Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

Leave a Comment