
A24 secara rasmi membangunkanĀ Talk to Me 2.
Selepas kejayaan komersial baru-baru ini, filem seram lakonan Sophie Wilde itu akan mendapat sekuel dari studio terkenal itu.Ā
Filem yang bertajukĀ Talk 2 MeĀ akan ditulis oleh Danni Philippou dan Bill Hinzman, dan akan diarahkan oleh Danny dan Michael Philippou, duo pengarah yang terlibat dalam pembikinan filem pertama.Ā
Sekuel akan datang menyaksikan watak-watak baharu mengalami pengalaman menakutkan disebabkan tangan misteri itu.Ā
Filem pertama mengisahkan sekumpulan rakan yang menemui cara untuk berhubung dengan roh melalui tangan misteri yang diawet. Keseronokkan mereka menjadi ketagihan sehingga salah seorang daripada mereka telah melangkaui had dan melepaskan kuasa ghaib yang menakutkan.Ā
Sehinggakini, tarikh tayangan sekuelĀ Talk 2 MeĀ masih belum diketahui