Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Sesi Belakang Tabir A QUITE PLACE PART II Bersama John Krasinski & Emily Blunt

Paramount Pictures telah mengeluarkan video featurette A Quite Place Part II yang menunjukkan sesi belakang tabir filem sekuel bersama pengarah John Krasinski dan pelakon utama Emily Blunt. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Emily Blunt meneruskan wataknya dalam sekuel kali ini sebagai Evelyn Abbott, bersama-sama pelakon Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Selain itu juga, mereka turut disertai pendatang baru iaitu Cillian Murphy sebagai Emmet dan Djimon Hounsou yang masih tidak diketahui watak mereka.


John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. A Quiet Place Part II akan memulakan tayangannya pada 20 Mac 2020.

Related posts

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment