Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

A Quiet Place Review

Kisah tentang sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang cuba untuk terus dihidup di zaman yang penuh dengan bahaya seringkali dijadikan idea oleh para pembikin filem terutamanya di Hollywood dalam menghasilkan sebuah filem. Bagaimanapun, jika anda lihat senarai filem bertemakan zaman ‘post apocalypse’ dan dystopia, boleh dikatakan banyak filem-filem yang mengisahkan tentang keluarga atau kumpulan manusia yang cuba ‘survive’ pada zaman tersebut telah dihasilkan.

Jadi untuk mengelakkan ia menjadi filem kitar semula or tipikal, pembikin filem perlu bijak untuk mengolah dan mengembangkan idea tersebut agar filem yang bakal dihasilkan itu mampu menarik perhatian penonton dan seterusnya membuatkan mereka kagum. Dalam menghasilkan sebuah filem seram dan mendebarkan, John Krasinski turut menggunakan idea ‘survival’ dalam filem terbarunya yang berjudulĀ A Quiet Place.Ā Tetapi apa yang menariknya tentang filem arahannya itu,Ā A Quiet PlaceĀ memberikan satu bentuk cerita yang ‘fresh’, menakutkan dan membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjangan tayangan filemnya itu.

Dalam filem tersebut, John Kransinki turut memainkan peranannya sebagai teraju utama bersama-sama isterinya Emily Blunt. Malah beliau turut terlibat dalam penghasilan jalan cerita filemĀ A Quiet PlaceĀ bersama-samaĀ Bryan Woods danĀ Scott Beck. Filem bergenre seram itu mengisahkan tentang sebuah keluarga yang perlu hidup dalam keadaan senyap dan tanpa bunyi kerana diburu oleh makhluk ganas yang hanya mengesan mangsanya melalui bunyi.

Sepanjang perjalanan filem ini, tidak banyak dialog dituturkan oleh para pelakonnya dan hanya menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Malah tidak banyak latarbelakang bunyi dimainkan melainkan bunyi-bunyian biasa yang sering kita dengari. Faktor inilah yang membuatkan filemĀ A Quiet PlaceĀ sangat unik kerana penonton tidak perlu mendengar pekikan dan teriakan pelakon dalam mengekpresikan ketakutan dan emosi mereka. ‘Kudos’ diberikan kepada para pelakon kerana berjaya menunjukkan perwatakan dan emosi mereka dalam filem ini tanpa perlu menuturkan banyak dialog. ‘Body language’ yang ditunjukkan oleh para pelakon sudah cukup kuat untuk mengekspresikan emosi dan karakter mereka. Saya jarang menonton filem lakonan John Kransinski, tetapi buat Emily Blunt, saya rasa ini antara filem terbaik lakonannya yang pernah saya tonton.

Tidak dinafikan sepanjang tayangan filem ini, sukar untuk saya mengalih perhatian ke tempat lain kerana ia memaparkan debaran serta naratif yang cukup menarik. Tiada babak yang membosankan dan tiada babak yang disia-siakan, semuanya diisi dengan baik dan sempurna. Anda boleh rasai ketakutan diawal filem, dan debaran yang ditunjukkan dalam filem ini juga turut mempengaruhi penonton untuk bernafas secara perlahan-lahan, bimbang bunyian dari nafas anda akan menarik perhatian makhluk ganas itu. Kemuncak keseronokkan filem ini bermula dipertengahan cerita, satu demi satu babak-babak seram serta menakutkan mula ditunjukkan, lebih ‘mengiurkan’ ketika watak Emily Blunt,Ā Evelyn Abbott mula ingin melahirkan bayinya. Disini saya yakin, penonton tidak akan berhenti bernafas untuk mengentahui babak seterusnya.

Satu lagi ‘point’ yang ditunjukkan dalam filem ini adalah hubungan kekeluargaan diantara ibu bapa dan anaknya. ‘bonding’ yang cuba ditunjukkan oleh si bapa kepada anak-anaknya menguatkan lagi perjalanan plot filem. Jadi jangan hairan jika tiba-tiba anda terasa sebak dengan beberapa babak filem ini nanti.

Secara keseluruhannya,Ā A Quiet PlaceĀ sebuah filem seram yang sangat menarik, unik dan benar-benar mampu menakutkan anda. Selain dari bertepatan dengan tajuk filem dan genre, kualiti lakonan para pelakon telah menjadikan filem ini sangat berbaloi untuk ditonton. Jadi kepada yang meminat filem-filem seram, saksikanĀ A Quiet PlaceĀ dipawagam berdekatan.

Rating Kakimuvee: 8.5/10

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment