Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“A Quiet Place Part III” Diumumkan Secara Rasmi, Akan Ditayangkan Pada 2025


Sekuel rasmi A Quiet Place Part II kini sedang dalam pembangunan dengan Paramount Pictures menetapkan jadual tayangan pada 2025.

Berita itu hadir semasa panggilan pelabur Paramount Pictures baru-baru ini, lapor Comingsoon. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai filem itu dedahkan, begitu juga dengan tarikh tayangan tepat. Kedua-dua filem asal dan sekuel sebelum ini ditulis (sebahagiannya) dan diarahkan oleh John Krasinski.

Buat masa ini tidak dipastikan sama ada Krasinski akan kembali dalam filem ketiga, dan memandangkan Paramount merancang sekuel untuk filem tahun 2021, A Quiet Place Part II, berkemungkinan besar, bintang utama Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds dan Noah Jupe akan kembali dalam ansuran terbaru. 

Secara teknikal, A Quiet Place Part III adalah entri ketiga dalam siri ini, dan yang keempat dalam francais A Quiet Place. Tahun lalu, Paramount mengumumkan ‘spin-off’ yang berdasarkan dari dua filem asal dengan Michael Sarnoski (Pig) terlibat sebagai pengarah untuk filem tersebut. Spin-off itu juga dilaporkan berasal dari idea Krasinkski. 

A Quiet Place Part II, yang dibintangi oleh Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, dan Djimon Hounsou, telah ditayangkan pada 28 Mei 2021. Filem kedua itu telah memperoleh lebih AS$297 juta di box office seluruh dunia.



Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee