Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

A Quiet Place Part II Telah Selesai Menjalani Penggambaran

Menerusi laman Twitter, pengarah dan penulis John Krasinski telah mengumumkan bahawa penggambaran filem sekuel A Quiet Place telah selesai. Kransinski juga turut memuatnaik sekeping gambar bersama isterinya, Emily Blunt di sebuah jambatan yang pernah dilihat dalam filem pertama.

A Quiet Place 2 akan menyambung kisah keluarga Abbott selepas mereka terselamat dari serangan makhluk asing yang kejam. Emily Blunt akan kembali membawakan wataknnya bersama-sama pelakon Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe dan Djimon Hounsou.

John Krasinsk turut kembali sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar.

Sebelum ini, sekuel filem ditetapkan pada 15 Mei 2020, tetapi pihak produksi menganjak tarikh 2 bulan lebih awal iaitu 20 Mac 2020.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment