Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

A Quiet Place: Part II Sasar Kutipan $60 Juta Dolar Pada Hari Pembukaan

Filem sekuel A Quiet Place: Part II dijangka mengutip $60 juta dolar pada hari pertama tayangannya, berdasarkan ramalan box office yang didedahkan laman Deadline.

Sekuel tersebut berpeluang untuk mengatasi kutipan filem pertama yang meraih $50.2 juta dipasaran domestik AS pada hari pertama tayangan. Ketiadaan filem-filem besar pada tarikh tayangan A Quiet Place: Part II akan menjadi salah satu faktor penyumbang kutipan positif nanti.

Bersambung dari filem A Quiet Place (2018), ahli keluarga Abbott yang terselamat terus berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup  dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pendatang baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou.

John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. A Quiet Place: Part II akan memulakan tayangannya pada 20 Mac 2020.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment