Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“A Quiet Place Part II” Kutip $70 Juta Pada Minggu Pertama Tayangan

Penantian yang cukup lama buat penonton di Malaysia. Filem sekuel yang sangat dinantikan, A Quiet Place Part II telahpun ditayangkan di beberapa pasaran antarabangsa, tetapi bagi penonton di Malaysia, kita mungkin terpaksa menunggu sedikit lama kerana situasi pandemik yang masih belum reda, ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telahpun bermula pada hari ini. 

Filem sekuel A Quiet Place Part II telah menunjukkan prestasi yang cukup baik di pentas box office apabila berjaya mengutip $70.4 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Menurut Deadlin (via comingsoon.net), filem arahan John Krasinski itu telah mengutip $48 juta dolar dipasaran domestik AS sepanjang tiga hari tayangannya. Di peringkat antarabangsa, filem ini telah mengumpul $ 22 juta dolar di 12 pasaran, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $70.4 juta dolar.

Filem terbaru Disney, Cruella telahpun ditayangkan serentak di pawagam dan di platform streaming Disney+. Dibintangi Emma Stone, Cruella telah mengutip $21.1 juta dolar di pasaran domestik AS dalam tempoh tiga hari tayangannya, manakala di pasaran di antarabangsa, filem tersebut telah mengutip $16.9 juta dolar dari 29 pasaran, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $37.4 juta dolar. Kutipan Cruella mungkin jauh lebih tinggi kerana filem ini boleh dibeli menerusi Disney+ Premier dengan harga $29.99.

Lain-lain filem, F9: The Fast Saga terus menguasai kedudukan pertama di pentas box office antarabangsa dengan menambah $31 juta dolar pada minggu kedua tayangannya. Sehingga kini, F9 telah mengutip lebih $229 juta dolar, menjadi filem Hollywood kedua yang berjaya melepasi kutipan $200 juta dolar pada tahun ini (selepas Godzilla vs. Kong).

Akhir sekali, filem terbaru New Line/Warner Bros. The Conjuring: The Devil Made Me Do It telah membuka tayangannya dia pasaran menjelang tarikh tayangan sebenar dan berjaya mengutip $3.9 juta dolar, manakala Demon Slayer – Kimetsu No Yaiba semakin hampir mencapai kutipan $500 juta dolar pada minggu ini. 

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment