Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

A Copy Of My Mind Ditayangkan di Filem Festival Venice

a_copy_of_my_mind

Filem terbaru karya sutradara Indonesia, Joko Anwar yang bertajuk ‘A Copy Of My Mind’ terpilih untuk tayangan di Festival Filem Venice sekaligus merupakan tayangan perdana buat filem tersebut.

Festival filem tertua di dunia itu dijadualkan berlangsung pada 2 September sehingga 12 September ini.

A Copy Of My Mind merupakan sebahagian dari trilogi Joko yang berjudul Jakarta: A Copy of My Heart, A Copy of My Mind dan A Copy of My Soul.

Diterbitkan Lo-Fi Films, filem bergenre drama yang dibintangi oleh Chicco Jerikho dan Tara Basro ini masih belum ditayangkan di Indonesia.

Joko yang terkenal dengan filem arahannya seperti Janji Joni dan Modus Anomali di dalam twitnya baru-baru ini berkata, filem terbarunya itu bakal ditayangkan kepada umum tahun hadapan.

Filem ini berkisarkan sepasang kekasih (Chicco dan Tara) yang menjalani kehidupan biasa sehingga tiba-tiba terseret ke lembah politik apabila mereka menjumpai DVD berisi rakaman tindakan korupsi yang melibatkan seorang calon presiden. – Astro Awani

Related posts

Spencer: Pandangan Pertama Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana

Kakimuvee

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating