Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“A Business Proposal” & “Military Prosecutor Doberman” Terus Catat Peningkatan Rating, “Crazy Love” Sertai Persaingan Rating


Drama A Business Proposal dan Military Prosecutor Doberman terus menunjukkan peningkatan rating walaupun menghadapi saingan drama terbaru. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod ketiga drama SBS A Business Proposal telah merkodkan rating 8.1 peratus, peningkatan sebanyak 1.6 peratus berbanding rating 6.5 yang dicatatkannya pada episod kedua. Angka yang dicatatkan merupakan rekod peribadi drama tersebut. 

Sementara itu, drama tvN Military Prosecutor Doberman turut menunjukkan peningkatan jumlah penonton dengan episod 7 Mac merekodkan rating sebanyak 7.7 peratus, peningkatan sederhana sejak siaran terakhirnya yang mencatatkan rating 7.0009 peratus. 

Menyertai persaingan rating drama Isnin-Selasa adalah drama terbaru dari KBS 2TV Crazy Love, yang mengambil-alih slot siaran yang sebelum ini diduduki Moonshine. Tayangan perdana drama romantik komedi itu merekodkan rating 3.4 peratus, jauh lebih rendah dari rating episod finale Moonshine, iaitu 5.9 peratus. 

Crazy Love mengisahkan kisah cinta yang manis, buas dan kacau bilau apabila seorang pengajar yang kasar tetapi mahir menerima ancaman bunuh dan setiausahanya yang disahkan menghidapi penyakit yang membunuh.


Kim Jae Wook memainkan watak sebagai Noh Go Jin, seorang lelaki narsis yang merupakan CEO syarikat pendidikan GOTOP dan pengajar matematik terkemuka Korea Selatan. Idol f(x) Krystal memainkan watak Lee Shin Ah, setiausaha kepada Noh Go Jin, yang tidak menawarkan apa-apa banyak semasa kehadiranya. 

Crazy Love boleh distim di Disney+ Hotstar.


Related posts

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee