Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Belakang Tabir “Hawkeye” Dedah Kostum Kate Bishop

Siri Marvel Disney+ Hawkeye kini sedang rancak menjalani penggambaran di Kota New York. Dalam perkembangan terbaru, beberapa gambar belakang tabir telah mula tersebar di media sosial, memaparkan pandangan pertama kostum yang akan dipakai Kate Bishop (Hailee Steinfeld) dalam siri akan datang.

Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah. 

Jeremy Renner kembali meneruskan peranannya sebagai Clint Barton, dan siri terbaru ini bakal memperkenalkan Kate Bishop dalam Marvel Cinematic Universe. Mengikut versi komik, Barton telah melepaskan gelaran Hawkeye kepada Bishop dan dia akan menjadi salah seorang ahli kepada kumpulan Young Avengers.

Turut menyertai Renner dan Steinfeld adalah Florence Pugh, yang akan meneruskan peranannya dalam filem Black Widow, Yelena Belova, bintang The Conjuring, Vera Farmiga akan menjadi Elanor Bishop, ibu kepada Kate Bishop lakonan Steinfeld, serta beberapa pelakon lain seperti Fra Fee (Animals), Tony Dalton (Better Call Saul), Alaqua Cox dan Zahn McClarnon (Doctor Sleep). 

Hawkeye akan diarahkan oleh Amber Finlayson dan Katie Ellwood (Troop Zero) bersama-sama Rhys Thomas (Staten Island Summer). Siri terbaru Disney+ MCU ini akan ditayangkan di platform steaming Disney+ pada musim luruh 2021. 

Hawkeye kini sedang menjalani penggambaran di Brooklyn, New York.

Related posts

Mortal Kombat Dedah Gambar Pertama & Sinopsis Rasmi

Isqandar

Buku Komik Batman #1 Dijual Dengan Harga $2.2 Juta!

Isqandar

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Leave a Comment