Slot AsiaTrivia

9 K-Drama Menarik Yang Melibatkan Dunia Yang Berbeza

Views

Selain dari memaparkan dunia nyata dalam K-Drama, penulis skrip kadang-kala mencuba sesuatu yang dengan keluar dari norma biasa dan menggunakan dunia yang berbeza sebagai asas kepada jalan cerita sesebuah drama. Dunia selari ini diwakili melalui kehidupan diluar Bumi, penggembaraan masa, webstoon dan sebaginya.

Berdasarkan sumber dari Soompi, kami ingin kongsikan drama-drama dari Korea Selatan yang memaparkan dunia yang berbeza dalam penceritaan mereka.

1. My Love From the Star

Drama ini dibintangi oleh Jun Ji Hyun sebagai pelakon terkenal Chun Song Yi, yang berjiran dengan Do Min Joon, lakonan Kim Soo Hyun, makhluk asing yang mendarat di Bumi 400 tahun yang lalu. Walaupun berasal dari dunia yang berbeza, percintaan yang kuat berkembang di antara kedua-dua watak utama yang mana karakter mereka bertembung dengan cara yang paling lucu dan karismatik.

2. Splash Splash Love

Danbi, yang dilakonkan oleh Kim Seul Gi, adalah seorang pelajar sekolah menengah yang sukar dalam pelajaran matematik, secara tiba-tiba dibawa ke masa lampau dengan kembali ke Dinasti Joseon melalui kolam hujan. Di sana, dia bertemu Raja Lee Do, lakonan Yoon Doojoon dari Highlight, dan kisah cinta mereka terungkap  dan mereka menghabiskan banyak masa bersama.

3. Signal

Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, dan Jo Jin Woong masing-masing memainkan peranan sebagai Park Hae Young, seorang profiler jenayah; Cha Soo Hyun, seorang detektifmuda; dan Lee Jae Han, pegawai polis yang jujur. Hae Young menjumpai walkie talkie ghaib yang membolehkannya berkomunikasi dengan Jae Han yang menjangkau dari masa lalu. Bersama-sama, mereka berusaha menyelesaikan sebanyak mungkin kes-kes jenayah, dalam masa mereka yang tersendiri, tetapi tindakan mereka segera menyebabkan akibat yang tidak dijangka.

4. W

Drama ini dibintangi oleh Lee Jong Suk sebagai Kang Chul, seorang jutawan yang rajin, dan Han Hyo Joo sebagai Oh Yeon Joo, seorang pakar bedah kardiothoraks. Kedua watak tersebut berada dalam kehidupan masing-masing dengan cara yang paling tidak dijangka, yang membawa kepada pertembungan dua dunia, iaitu dunia nyata dan dunia webtoon, dan terdapat kemungkinan dimana salah satu daripadanya akan runtuh sepenuhnya.

5. The Best Hit

Lee Ji Hoon (Kim Min Jae) dan Choi Woon Seung (Lee Se Young) adalah rakan sejak zaman kanak-kanak yang bersiap untuk mengikuti peperiksaan perkhidmatan awam bersama-sama. Namun, impian Ji Hoon untuk menjadi pemuzik tidak sesuai dengan tugas perkhidmatan awamnya. Dia bertembung dengan Yoo Hyun Jae (Yoon Shi Yoon) yang mengembaran ke masa depan - iaitu pada masa kini dalam dunia Ji Hoon - dan bersama dengan Woon Seung, ketiga-tiga mereka memulakan perjalanan penemuan diri untuk menguraikan impian dan aspirasi mereka yang sebenarnya.

6. Tunnel

Park Kwang Ho (Choi Jin Hyuk) adalah seorang detektif berdedikasi yang mengejar pembunuh bersiri pada tahun 1986. Ketika hidup anak perempuannya terganggu, dia dengan gelisah mengikuti petunjuk yang membawanya mengejar pembunuh itu melalui terowong yang mengangkutnya ke tahun 2017. Di sana, dia bertemu dengan Detektif Kim Sun Jae yang pelik tetapi mahir (Yoon Hyun Min) dan mendapat tahu bahawa pembunuh bersiri itu masih bebas hingga ke hari ini. Mereka bekerjasama dengan profesor psikologi jenayah Shin Jae Yi (Lee Yoo Young) untuk menangkap pelakunya sebelum mereka menyerang lagi.

7. Manhole

Kim Jae Joong melakonkan watak Bong Pil, seorang lelaki yang selama ini bertahun-tahun membawa cinta tak berbalas kepada Kang Soo Jin, lakonan UEE. Setelah melepaskan impiannya, dia menjalani kehidupan yang tidak bermakna untuk jangka masa yang paling lama. Setelah mendengar berita mengenai perkahwinan Soo Jin, dia menggunakan lubang mistik yang membolehkannya mengembara ke masa lampau dalam usaha memenangi hati kekasihnya sebelum terlambat.

8. Angel’s Last Mission: Love

Drama ini dibintangi oleh ahli kumpulan INFINITE, L sebagai Dan, seorang malaikat yang terperangkap di Bumi sehingga dia menyelesaikan misi terakhirnya, - iaitu membantu bekas pemain ballerina Yeon So (lakonan Shin Hye Sun) jatuh cinta. Masa lalu yang trauma telah mengubahnya menjadi orang yang pahit dan sombong, dan membantunya adalah sesuatu yang mencabar. Ini semakin meningkatkan taruhan bagi Dan, yang mana misinya menjadi semakin mustahil setiap hari.

9. Hotel Del Luna

Goo Chan Sun (Yeo Jin Goo) yang merupakan pengurus hotel elit, disebabkan takdir yang menimpanya, akhirnya dia menjadi pengurus Hotel del Luna, di mana pemilik hotel itu adalah Jang Man Wol (IU) yang cantik tetapi tamak dan angkuh. Jang Man Wol terperangkap dalam hotel itu bermilenium lamanya, dan hanya boleh melepaskan diri apabila dia menjumpai seseorang yang melakukan jenayah lagi teruk darinya.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks