Slot AsiaTrivia

9 Filem Korea Bertemakan Bencana Yang Menarik Untuk Anda Tonton

Views

Bencana alam sekitar, wabak penyakit dan kemusnahan disebabkan perbuatan manusia adalah ujian yang diturunkan Tuhan sebagai peringatkan kepada hamba-hambanya. Kita di Malaysia pun tidak terlepas dari dilanda musibah, sama ada datangnya dari alam ataupun perbuatan manusia itu sendiri.

Disini, kami ingin kongsikan sembilan buah filem Korea yang bertemakan bencana yang menarik untuk anda tonton dan sesuai untuk dijadikan sebagai peringatan serta pengajaran.

1. The Host (2006)

Rating: 9/10

Pada tahun 2000, ahli patologi ketenteraan Amerika mengarahkan pembantunya berbangsa Korea, melanggar protokol dengan membuang lebih daripada 200 botol toksik kimia formaldehyde ke dalam sinki alasannya hanya kerana botol-botol tersebut sudah berhabuk, saluran sinki itu menuju ke Sungai Han.

Dalam beberapa tahun kemudian, terdapat penemuan makhluk amfibia yang aneh di dalam air dan berkembang menjadi rasaksa yang memusnahkan penempatan dan membahayakan penduduk setempat.

2. Deranged (2012)

Rating: 9/10

Ada satu wabak telah merebak mengakibatkan mangsa melompat ke dalam sungai dan lemas kerana berasa dahaga yang melampau, menyebabkan situasi panik di seluruh negara. Kerajaan mengisytiharkan keadaan sebadai kecemasan dan darurat.

Jurujual pembekal perubatan, Jae-Hyuk (Kim Myung-Min) mengesyaki keluarganya menunjukkan tanda-tanda yang sama dijangkiti wabak tersebut. Melalui adiknya, Detektif Jae-Pil (Kim Dong-Wan), Jae-Hyuk mengetahui terdapat penawar yang disimpan di sebuah gudang.

3. Pandora (2016)

Rating: 8/10

Jae-Hyeok (Kim Nam-Gil) tinggal bersama ibunya (Kim Young-Ae), kakak iparnya (Moon Jeong-Hee) dan anak saudara lelakinya, Min-Jae (Bae Gang-Yoo). Dia bekerja di loji janakuasa nuklear tempatan.

BACA:  15 Filem Seram Terbaik Yang Dihasilkan Sejak Tahun 2000

Sementara itu, Pyung-Sub (Jung Jin-Young) bekerja di kilang janakuasa nuklear yang sama, bimbang tentang keadaan di sana, tetapi tidak ada seorang pun dalam kerajaan yang mengambil pusing tentang masalah di sana. Gempa bumi menyerang bandar di mana mereka tinggal, dan menyebabkan ledakan di loji janakuasa nuklear. Situasi ini dengan cepat mengakibatkan seluruh negara menjadi panik.

4. Tidal Wave (2009)

Rating: 8/10

Haeundae, lokasi percutian pantai popular yang terletak ditenggara Semenanjung Korea. Lokasi tersebut menjadi tumpuan hampir satu juta orang setiap tahun. Bagaimanapun, seorang pakar penyelidikan tusnami mendapati, Laut Timur mempunyai tanda-tanda awal gempa bumi seperti yang berlaku di Lautan Hindi ketika tsunami tahun 20004.

Walaupun diberi amaran, Agensi Pencegahan Bencana menegaskan Korea tidak akan diancam bahaya tsunami. Bagaimanapun, segalanya terlambat apabila tsunami besar yang bermula di Tsushima, Jepun sedang menuju ke Haeundae dengan laju dan pengunjung pantai percutian tersebut hanya mempunyai 10 minit untuk menyelamatkan diri.

5. Tunnel (2016)

Rating: 8/10

Lee Jung-Soo (Ha Jung-woo) memandu pulang dari tempat kerja ke rumah untuk menyambut hari jadi anak perempuannya. Semasa memandu melalui terowong yang melintasi gunung, perkara yang tidak diingini berlaku, berlaku kejaduan terowong runtuh.

BACA:  Pelakon-Pelakon Yang Hampir Membintangi Filem X-Men

Apabila Lee Jung-Soo sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terperangkap di dalam kereta. Keretanya sendiri ‘terkubur’ di bawah beribu-ribu tan konkrit dan serpihan. Apa yang dia ada di dalam kereta hanyalah telefon bimbitnya, 2 botol air dan kek hari jadi anak perempuannya.

6. Train To Busan (2016)

Rating: 9/10

Seok-woo (Gong Yoo) adalah pengurus kewangan di Seoul. Seok-woo berpisah dari isterinya dan tinggal dengan anaknya Soo-an (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo tidak banyak menghabiskan masa dengan anak perempuannya atau menunjukkan kasih sayang kepadanya. Pada malam sebelum hari jadi Soo-An, Soo-An berkeras mahu berjumpa ibunya sempena hari jadinya. Seok-Woo tidak mempunyai pilihan lain, tetapi terpaksa untuk membawa Soo-an ke Busan.

Pagi keesokan harinya, mereka naik kereta api laju Korea Train eXpress (KTX) ke Busan dari Stesen Seoul. Sebelum kereta api KTX meninggalkan Stesen Seoul, gadis seperti zombie melompat ke atas kereta api. Gadis itu dijangkiti virus yang dahsyat yang menyebar dengan pantas. Seok-Woo, Soo-An dan penumpang lain di kereta api KTX kini mesti berjuang demi kehidupan mereka dari virus yang akan mengakibatkan manusia menjadi zombie.

7. The Terror Live (2013)

Rating: 8/10

Mengisahkan pembaca berita (Ha Jung-woo) yang bercita-cita tinggi tetapi kerjayanya sudah malap, untuk menaikkan kembali kerjayanya sebagai pembaca berita, dia memonopoli siaran langsung serangan pengganas dalam kejadian letupan Jambatan Mapo di Sungai Han.

BACA:  Pelakon Korea Terkenal, Jang Dong Gun & Park Hyung Sik Akan Bergadingan Dalam Drama Terbaru

8. The Tower (2012)

Rating: 8/10

Pada Malam Krismas, di gedung menara berkembar Tower Sky di pusat Seoul, penduduk dan anggota kakitangan sibuk melakukan persiapan Krismas. Kejadian api kecil di dapur sebuah restoran telah menarik perhatian kakitangan Tower Sky, Lee Dae-Ho (Kim Sang-Kyung), yang mendapati sistem pemadam api telah rosak. Pemilik bangunan Jo (Cha In-Pyo) mengabaikan amaran itu dan meneruskan pesta Krismas malam itu.

Sebuah helikopter telah disewa untuk mengelilingi bangunan dan menyembur salji buatan kepada para tetamu semasa pesta Krismas. Penduduk yang berkumpul untuk acara itu kagum dengan pertunjukkan tersebut. Bagaimanapun, kegembiraan mereka bertukar menjadi kejadian menakutkan apabila helikopter terbabit kehilangan kawalan dan terhempas pada bangunan yang kemudiannya berlaku rantaian kejadiaan yang akan menggancam nyawa penduduk pada bangunan tersebut.

9. The Flu (2013)

Rating: 9/10

Sekumpulan pendatang asing diseludup masuk ke Korea Selatan. Salah seorang pendatang asing adalah pembawa virus yang membawa maut dan sangat berjangkit. Hanya seorang pendatang asing yang hidup, manakala yang lain semuanya mati.

Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti dalam setiap jam oleh virus yang membawa maut ini, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti. Keseluruhan penduduk di pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus merebak.

Tinggalkan Balasan

shares